Tuesday, July 10, 2018

Raya ku Meriah Syawal 1439

Assalamualaikum

Alhamdulillahirobbil alamin.  Masih warna warni kanvas keceriaan hidup ku di Syawal 1439.  Masih ada yang lucu, gila gila gelak tawa walau dalam tangis rindukan mereka yang telah pergi terdahulu.  Ayahanda Bondaku. Doa demi doa anakanda titip berterusan selagi mampu bernafas.  Insya allah.


 Di  Parit Tanjung Belanja Kiri, Perak.



with cousins. Kg Layang Layang Kiri Parit Perak.

 Teluk Intan  cousins.  Bincang2 nak adakan reunion Waris Tok Tan Jana Perak, Kami dari  juraian Keluarga Wan Mad Saman Kedah.


Raya sakan dengan teman teman ex opis mate.



Anak buah beraya di rumahku.  Alhamdulillah sudi datang ziarah makcik depa ni.  Rumah sempit. Ater situ ler duduk situler makan situler nengok TV. Idok mampu beli banglo.  Nanti pindah Penthouse ke Tingkat 18 tidak lama lagi. gagaga...... Nak caghi ghomah ler ni. Ke mana kiter iyer?



Beraya dengan jiran tetangga ku.  Dari sebuah rumah ke sebuah rumah lain setiap Sabtu Ahad dan Setiap Malam selepas solat Isya. Dari pintu lift ke pintu lift dari blok ke blok sebelah. hehehe gantung periuk makan free ajer komer




Bersama Ustazah Suhaiza Wakil Qariah WP... kemer pun ngaji lagi dengan Ustazah Su ini. Terbaik lah Ustazah



 Best berangin duk tinggi tinggi nih.


hihihi makan sedap sedap belaka. Udoh naik 2 kg. huhuhu



Raya lagi makan lagi... muntat perut kata oghang Peghak.

Mesra di Idilfitri.


Lepas gian kemer nganyam daun ketupat nasi  sendiri.  Pulut kuning ghebuih masak sendiri. Ada ler buat rendang daging Tok sekilo, rendang ayam kampung seekor, rendang ayam pencen seekor.   Eh eh terajin pulok kemer nih.  Ater Miskut raya hagham kemer buat. main order ajer.


Ni time ghaya ghomah abang sulong kemer di Shah Alahm. Jangan tak tahu ini di haghi ghaya pertama selepas mengadap CheDet Di Seri Perdana.. Nampak daghi jauh ajer.  Terlalu ramai umat berhari raya di Seri Perdana.  Makan pun beratur susoh bebenor dapat kerusi duduk.  Tapi dapat ler juga kena tunggu.  Alhamdulillah. 

Maap ler, gambor gambor bercampur aduk dari raya pertama hingga semalam punya. hehehe... ada lagi beghatuih gambor. Baik kemer simpan diam diam. Share sini sikit sikit ajer yer. Nanti ada oghang muntah pulok terlebih nengok gambor2 di sini.  Jangan gitu ek.? Kita geng kan. Maaf zahir bathin. Halalkan makan minum hamba.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...