Monday, July 9, 2018

Pesen Raya Ku 2018

Assalamualaikum

Salam Idilfitri 1439.  Eh ada lagi ker.?  Yezza kan kita masih berada dalam bulan Syawal. Ini semua gambar minggu hangat hangat chicken stock yang baru di upload. Puasa Sunat 6 macam mana anda semua? Mohon beres ya.  Ngaji terus jangan dilupain. Istiqomah. Allah swt menyayangi hamba hambanya yang walau sedikit beribadah tetapi istiqomah.

Syawal pertama selepas solah Idilfitri di Masjid berhampiran rumah, daku sefamily mengutip kekandaku di Taman perumahan sebelah untuk berhari raya bersama PM ke 7 CheDet di Seri Perdana.  Sebelum ini pun kami beberapa kali beraya di Seri Perdana zaman Abang Jib dan Kak Mah (sejak bila pulak aku berabang berkakak dgn depa ni hehehe tanda mesra lah tu). Memang setiap tahun kami akan berhari raya di Sri Perdana atau di Istana Negara bersama YDPA atau kami juga pernah berhari raya di Shah Alam dengan MB yang terdahulu sebelum Azmin Ali.  Merata kami round beraya sebelum esoknya kami gerak ke kampung halaman.  Seingatku kami juga pernah berhari raya di majlis Idilfitri MB Selangor YB Azmin Ali suatu ketika lalu.  (Pakaian sponsored by my dotter Creacion by Siti Nurhaliza)



Di tepi Masjid Besi Putrajaya sebelum gerak ke Seri Perdana dengan bas yang disediakan.  Bersama Putra Putriku.


 Bawah berhari raya di rumah jiran tetangga.  Bersama Ummi, amacam ada gaya  seiras tak wajah kami jiran ku ini?  (Jubah dari Muaz Textile KL - sponsored by my dotter)



Dinding latar biru rumah kampung di Telok Intan. Pantang jumpa dinding color. kehkehkeh. nak berposing gak.  (Jubah  Tempah by JakelTextile  masa Sale sebelum puasa)


 Bucu rumah kampung Taukeh asam Gelugoq, Layang Layang Kiri.  Sepupu kemer.


Santai  santai angin malam di rumah ex opis mate Langat.  Nice landscape. Beautiful house.  (Jubah Makkah a gift from my relative)


Rumahku syurga ku. Bersama anak buah ku yang  Encem seiras tak wajah kami.?  Anak arwah abang kandungku yang telah pergi diusia 50 tahun. Sebiji ikut wajah ayah dia. Al Fatihah.  Sebulan kemudian disusuli pula oleh pemergian arwah ibu kandungku.  Al Fatihah. sob sob sob...relung rindu kembali bergocak.  (Hitam Putih Tudung Telekung Madinah serupa dinding rumah juga )




Beraya di Langat.  (Kain jubah dari Jakel Textiles KL sponsored by my dotter)

Okeh, sikit sikit kita share gambar solo ka, single ka , berdua bertiga.  Murah hati pulak anak ppuan ku sediakan belikan baju untuk mama dia ni buat Idilfitri tahun ini. Alhamdulillah. Thank you my lovely daughter. Thank you Allah.    Walau mama bilang mama tak mahu pakaian  dah. Dah banyak sangat dalam lemari tu.  Nak disedekahkan ajer.  Nunggu masa bungkuih bungkuih hantar bagi kat orang kampung yang lebih memerlukan. Kita esok mati makei kainkafan ajer. Mama size tinggi 5"5", yang rendah tak merasa lah nak pakai size mama.

Gambar raya gerombolan sat lagi nah. Insya allah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...