Friday, April 20, 2018

Spaghetti Carbonara Daging Kerbau



Assalamualaikum

Mamawana nak share resipi simple ni.  Hari tu sempat beli daging kerbau kisar Jenama Ramly.

Bahan2

1. Bawang putih 5 ulas tumbuk
2.  Bawang Besar 1 biji sederhana besar dihiris
3. cili api 5-6 tangkai dihiris
4.  Tomato segar 3 biji dipotong kiub
5.  Karot 1 batang dihiris memanjang
6.  Minyak Zaitun utk menumis
7.  1 Tin Sos Prego carbonara
8.  Spaghetti setengah paket shj.
9.  Daun Thai Basil
10..  Kepingan keju
11.   Lada sulah
12.  Daging burger kisar jenama Ramly 




Cara Cara

Tumis bawang putih dan cili api sebentar  dan masukkan daging kisar.  Biar sampai daging kecut sikit baru masukkan bawang. Kacau2 sambil masukkn  Karot dan tomato segar.  Masukkan 2 cawan air .  Biar masakan jadi pekat sikit dan Masukkan carbonara prego berserta setin air masak sukatan tin prego. Kacau.  Biar menggelegak dan masukkan 3 keping keju sandwich.  Tak perlu tambah garam.







 Last sekali sebelum di angkat  tabur daun Thai Basil. Wangi mengharum.  Maaflah sebab tak ada stok oregano mama gantikan dgn daun Thai Basil.


Masa menikmati spaghetti ni enaknya mengunyah kekenyalan daun Thai Basil, wangi pula tu. Sedap juga daging kerbau kisar dicapur dalam kuah spaghetti  gini. Dan cili api itu menambah citarasa mereka yang sukakan masakan pedas. Rasa Asian gitu. (Tekak kampungku. kihkihkih) Taklah berlemak berkrim shj.  Tambah lagi lada sulah.   nyum  nyum  mnyumm.. Selamat mencuba.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...