Monday, April 23, 2018

Masak Lemak Cili Api Pucuk Kaduk Ikan Kembung


Assalamualaikum




Masak apa hari ini? Petang tadi Mwana main petik petik pucuk daun kaduk kat kebun pasu .  Memang berhajat nak masak lemak pucuk kaduk.  Tapi tak tahu pesyen mana nak di gulaikan.  Main campak campak ajer resipi spontan.  Masak lemak cili api ikan kembong + pucuk kaduk + labu kuning.  Ada ker orang lain campur campur bahan macam ni.?  Kita yang membuatnya. Idok mabuk kan....

Bahan bahan

Serai 1 btg *
cili api 7-8 biji  *
kunyit hidup seketul kecik *
Santan 1 kotak
 bawang merah 3-4 ulas  *
pucuk kaduk segenggam
daun kunyit sehelai 
Ikan kembong bakar/salai kejap. Guna Ikan keli sedap kut.
Labu kuning dipotong kiub (dari setengah biji)
Garam + gula secukup rasa
Asam gelugor 1 keping 

Bahan * di blend.  Masukkan dalam periuk dan panaskan. Masukkan labu kuning hingga separuh empuk.
Masukkan ikan salai/bakar tadi.
Masukkan semua bahan + santan 1 kotak 
dan air masak 1-2 kotak ikut anggaran kuah yg pekat dan tidak terlalu cair.  
Akhir sekali masukkan pucuk kaduk. 
Kacau jangan bagi pecah minyak.  
Plus garam gula secukup rasa. 
Ada rasa pedas, masin, lemak  gitu.  Sedap you.

Selamat mencuba.  Biasanya bila tutup api, baru mwana masukkan garam.  Maaflah ya gambar tak cantik. Tiada set hidang mewah makan beradap. Makan sorang sorang terus buh nasi panas panas dalam pinggan bubuh lauk pauk semua.  Nyum nyum nyum... Alhamdulillah.








No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...