Thursday, December 14, 2017

Catatan Bandung Trip 1

Assalamualaikum


Mwana nak coretkan catatan perjalanan mama ker Bandung pada Ahad 10 Disember 2017 yang baru lalu.  Alhamdulillah kami selamat pergi dan balik ke rumah masing masing.  Lama juga mama menabung dan anak mama sponsor juga  mana yang dia mampu. So, jimatlah juga.  Bukan orang kaya sahaja yang dapat melancung, mama yang jadi cikgu Tadika ni gaji cukup cukup makan, pun Allah swt ada beri rezeki sampingan untuk melancung.  Jom, berdoa sama sama supaya rezeki kita berganda dan Allah swt limpahkan dengan rahmat dan kasih sayang NYA. Amin.

Pakej 4H 3 malam ini termasuk makan 3B, 3 L dan 3 Dinner
Jua transport sekitar Bandung dan tempat2 lawatan berserta tour guide dan tentulah staff RBA jadi Tour Leader.


Beberapa bulan sebelum tarikh ada juga mwana war warkan di wasap grup  kawan kawan, jiran, blog, geng masjid, tapi tiada yang respon ingin pergi bersama.  Takpalah mwana pergi ajer berdua dengan anak dara mama yang seorang ini.  Aiik, yang pelik nya bila ada foto foto Bandung yang mama kongsikan di FB dan insta ada yang komen naper tak ajak. hahihu.... mungkin dia terlepas pandang promosi yang mama share tu.  takpalah. lain kali kita gi sama sama ya darling

Selain kos RM1050 mama tambah insurans perjalanan, makanan atas flight, timbangn bagasi. Pergi 40kg utk 2 org. balik 80 kg bila bag dah beranak pinak. hehehe.

Image result for solat sunat musafir

Related image

Ada kisah sedih sebelum lawatan iaitu anak mama terjatuh dalam longkang yang menyebabkan kakinya bersimen dan berbungkus Doktor bagi MC  2 minggu. Kata doktor dia boleh bercuti asalkan tidak pijak lantai/tanah. So, bermakna selain bertongkat dia terpaksa menggunakan wheelchair. huhuhu. Tak apalah Bandung trip punya pasal mama usahakan dapat guna wheelchair jiran dengan sewaan RM10/sehari. 

Nak dijadikan cerita, semasa mengemas dompet duit dari rumah mama tinggalkan semua kad kad debit bank, kredit kad dsb.(macam lah banyak sgt kad debit bank yg berduit hahaha)  Bawa pasport tapi IC mama bawa juga standby. Tetapi hati tergerak nak juga bawa 1 debit kad walaupun tahu tidak akan menggunakannya di Bandung.

Tiba waktu berkumpul jam 4 pagi di KLIA2, cek bagasi timbang bagai ambil boarding pas dan pertama kali bersua muka dengan rakan rakan setrip RBA untuk ke Bandung ini. Hati jadi berbunga bunga, nampak dah keceriaan dan kemesraan yang akan kami alami nanti.

Dugaan ke dua, anak mama tidak dapat melepasi gate imigresen kerana mempunyai tunggakan PTPTN sebanyak RM2K lebih. huhuhu.  ketaq lutut mama. Dengan wana yang duduk atas wheelchair, mama lah yang seorang diri ke hulu ke hilir turun naik dari gate pihak imigresen ke counter ptptn di tingkat 1 nak settle semua itu. Kalu tak bayar on the spot Wana tidak akan dapat ke Bandung.  Dalam panik tu  nasib baik mama teringat debit kad yang mama bawa so swipe lah setakat yang ada dan wana top up lagi dengan debit kad dia.   Alhamdulillah selesai.

So, anak anak yang ada mempunyai tunggakan PTPTN sila jelaskan bayaran hutang semasa Diploma tertunggak itu ya.  Kes Wana ni kasihan juga dia. Sudahlah menganggur setahun dua. Dapat kerja pun gaji 1K so tak mampu nak bayar ptptn walau secara ansuran sebab gaji ciput. Tahun lepas dia kemalangan yang menyebabkan dia tidak dapat bekerja, kehilangan pekerjaan yang sedia ada walau gaji tak seberapa.  Baru dapat kaki nak berjalan, baru dapat kerja dua tiga bulan udah jatuh pulak yang menyebabkan kaki bersimen. huhuhu.  Mama sahaja yang tahu duka perit di hati dada anak dara mama ini. Sabar ya sayang.  Walau dia dapat Anugerah Naib Cansellor sewaktu Degree dan ada memohon pengecualian bayaran balik semasa degree tempoh hari, semasa semakan di kaunter baru tahu dokumen tidak lengkap dan permohonan tidak selesai.  Kalu lewat uruskan mahu terpaksa bayar penuh nanti.  Ya Allah , permudahkan urusan anakandaku ini.  Banyak betul dugaan untuk dia hadapi.  Keluar U hutang bertepek, dah dapat ANC apply pengecualian pihak PTPTN tidak bertugas secara professional lambat bagi tahu sebarang ketidak lengkapnya borang borang dan dokumen yang dikehendakki.  Tiada mesej, tiada panggilan talipon tiada surat email yang menyatakan borang permohonan tidak lengkap.  Tup tup tahan kat airport.  GGGrrr..... Selepas hampir tiga tahun baru nak trace semua tu. huhuhu.  Mungkin silap anak mama kut sebab tak push tak hubungi ptptn selalu bertanyakan status pengecualian dia tu.. 

Ok back tu Bandung trip.  


Kebetulan ada jiran mama seorang ni sama sama register ke Bandung bersama suami nya.  Alhamdulillah.  Best juga dapat trip dengan geng muslimah masjid muqarrabin ni.

Subhanallah Alhamdulillah Allahu akbar.  keindahan langit awan gemawan, terpesona tatapan mata ku tak putus putus melihat segala ciptaan Illahi.  Andai ku mati dalam penerbangan ini harap diiringi dengan zikir zikir yang membasahi lidahku.  Kami sempat solat subuh di KLIA2 sebelum berlepas pada jam 6.4opagi waktu malaysia.


Makanan yang kami nikmati dalam flight dengan view yang sungguh indah diluar jendela kapalterbang.


Nampak anak mama bertongkat belakang sana. Kami turun last sebab tidak mahu menghalang penumpang lain dengan pergerakan wheelchair yang agak terbatas.  Ada chance berposing dengan pramugari AirAsia yang comel mesra ini.


Hari Pertama
Lawatan kami @ City Tour Bandung, Gedung Sate, Gedung Merdeka Asia Afrian COnference, Pusat Bandung Alun Alun, Toko 3 dan di Fashion.

Makan tengahari Hari Pertama yang sama seperti masakan di rumah sendiri.  Yang best ada tempeh kegemaranku.  Tauhu Bandung ini sungguh enak. Makan setiap hari pun tak apa memang sedapnya berbeza dengan tauhu di Malaysia.  Ada sambal belacan, ayam goreng rempah, sambal hijau,ulam timun,  gulai ikan dan daging berempah.  Berselera kami semua nikmati lunch sebegini.

 Nampak tu hehehe, 2 lelaki tambah seorang lagi kanak kanak lelaki 3 tahun dan 9 wanita kakak kakak, makcik dan ada sebaya anakku jua.



Wana shopping ole ole untuk adik lelaki kesayangannya.



Dinner


 Sarapan pagi dengan Harum Manis yang manis gilerrr.


Ready siap untuk jalan jalan

Orait. Sambung next catatan Bandung Trip II ya ibu ibu. Thank you for reading












2 comments:

Kakcik Nur said...

Di sebalik dugaan, Allah berikan juga kegembiraan. Betapa besar kasihNya...

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Bestnyaa..bila lar atie plk nak sampai ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...