Friday, November 3, 2017

RESIPI SAMBAL HITAM BELIMBING BULUH PULO TIGA

ASSALAMUALAIKUM


Mamawana nak share resipi Sambal Hitam Belimbing Buluh versi mwana.  Walau pertama kali buat rasanya menjadi sebab makan nasi bertambah tambah. Enak di tekak ku.  Anak anak pun suka.  hehehe

Belimbing buluh dibasuh bersih2 dan direbus tanpa air di dalam sebiji periuk tanah sederhana besar.  Ada yg pesan kalu rebus belimbing buluh ni guna periuk yang buruk yang sudah lama.  Sebabnya kerana ia akan menghitamkan periuk sebab nak merebusnya sampai 4 ke 5 jam.  Seperiuk belimbing buluh setelah siap direbus kering airnya tinggallah sedikit ajer. setengah daripada isi asal ketika mula direbus.  Terkejut juga bila seconet tinggal. 



Periuk tanah ni mulanya penuh dengan belimbing buluh.



Dah kering. Seconet kannnn..... dapatlah setupperware kecil.


 Cili api mwana guna 3 mangkuk. ditumbuk dan ditumis goreng dgn minyak.



Ikan bilis 2 mangkuk ditumbuk halus
Bawang Besar/merah 3 mangkuk ditumbuk halus
Gula merah sekeping dimasukkan ketika mengacau tumisan /gorengan bwg, ikan bilis dan  cili api .  Campur semua goreng satu persatu.

Goreng sampai sebati dengan belimbing rebus tadi.



Mwana pun ada bagi belimbing buluh ni pada jiran . Dah siap masak baik hati betul jiran mwana datang hantar sebekas sambal hitam ni saiz bekas taufusoya  kecil..    Rasanya sedapp . Lebih kurang sama macam mwana masak juga.


Inilah siap sedia untuk dicicah.  Seminggu dua ni, ini ajer sambal yang menambah selera setiap kali makan nasi.  Tak lalu nak tumbuk sambal belacan lain dah.  Penat numbuk2 ni.  Alhamdulillah. Rezeki dari langit. Anugerah Illahi.  Dulu2 belimbing ni terbuang begitu sahaja tiada siapa yang petik.  Lain kali tahulah mwana buat dan jual.  hehehe... 

Thanks for reading.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...