Thursday, November 2, 2017

Kebun Mini Mamawana



ASSALAMUALAIKUM



Alhamdulillah. Sejak ulang alik balik kampung setiap bulan, mwana jatuh cinta pada tumbuh tumbuhan dan rajin berkebun.  Berkebunlah sangat.  hehehe.  Duk rumah 18 tingkat ni mana ada tanah?.  Tanah hitam pun kena beli satu dua tiga bag.  Baja air, baja bijian, pasu dll peralatan.  Beratus juga harganya.  Pelaburan kan....Janji happy.

 Tak payah makan dengan nasi, bila mama duduk ambil angin kat depan verandah ni, petik satu dua kuntum batang daun ulam raja ni basuh2 gitu terus kunyah2 telan. hihihi  Cili kampung pedas berdesit tu sudah mwana masukkan dalam masakan sambal hitam belimbing buluh.  Masya allah sedapnya... puji masakan sendiri. gagagaga...


Daun kaduk (buat Mieng Khiem, masak lemak putih dgn labu sedapkan)  Thai Basil ni mwana beli kat Nursery Bdr Tun Razak. Harap membiak subur.  Kalu berjaya projek mwana ni boleh lah kita kongsi kongsikan dengan jiran tetangga yang baik hati.  Amin.


Belalai Gajah utk ubat darah tinggi, kencing manis kata demer.  Mwana petik2, basuh2 kunyah2 pahit payau telan selamba jer.

Yang di bawah ini pulak, beberapa bulan lalu mwana ada semai biji2 dalam pasu.  Bawa balik kampung.  Ubah tanam atas tanah belakang rumah.  Jenuh mikior apa ker pokok  yang tumbuh subur ni.?

Rupa rupanya buah Nona. Masya allah. Subhanallah. Alhamdulillah. Munculkan diri, kenit... ajer keluar buahnya seperti dalam gambar.  Comel kan.


Benih bendi yang mwana semai udah pun  sudah buahkan hasilnya. Suka suka suka.

Belimbing buluh tepi jalan tepi rumah ajer,  arwah Opah yang nanam dulu sentiasa berbuah. Masya allah.  Mwana petik2 buat  sambal hitam belimbing buluh.  Perrrggghhh..addicted to this sambal.  Belimbing kuning.



 

Sambal hitam belimbing buluh Pulau Tiga Perak.





Ini gambar belakang rumah mwana di kampung.  Banyak lagi kawasan utk mwana bercucuk tanam. kan...kan...kan... 


Daun kesum dengan ulam raja cukup merimbun suburnya..Dah beberapa kali petik bawa balik KL kongsi kongsi bagi kat jiran2.




Pohon buah delima ini sentiasa berbunga tapi buahnya tak  mandang...Ulat bulu suka merayap kat sini.


Pokok Ru anak dara mwana.  Berkenan sangat dia nak tanam pokok Ru tepi pintu pagar masuk .








Very  Bushy kalu mama tak tebas rumput keliling daun kesum dgn ulam raja ni.  Alhamdulillah pisang pun ada, dapat juga merasa beberapa kali.  Dapatlah bawa balik KL berkongsi rasa dengan jiran tetangga.  Alhamdulillah.


Durian yang dibawah ni sedang berbuah.  Banyak putik2nya di makan tupai dll.  Harap harap menjadi dan lebatlah buah2 durian musim kali ini.  Dapat lah merasa tempoyak, durian pulut santan, bubur durian (serawa durian) dll.


Tak banyak pokoknya adalah 3-4 batang.  Nampak 3 batang ajer yang berbuah lebat.  Ada rezeki insya allah.  Pokok durian ini arwah opah yang nanam dulu.  Adik beradik kalu musim buah ramai yang rajin balik kann....  Seronok tau. Boleh buat BBQ.. . tepi sungai ....




Rumah di kampung mwana berhampiran Sungai Perak.  Jemput datang..



Pokok dokong manis belakang rumah.


Setiap kali balik kampung anak dara mama memang rajin menyapu laman.  Alhamdulillah.


Thanks for reading.  Salam beramal.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...