Saturday, October 21, 2017

WalimatulUrus Anak Jiran



Assalamualaikum

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Apabila seseorang kamu dijemput menghadiri walimah, maka hendaklah dia datang.” Riwayat Malik.

Bab bab memenuhi undangan ke majlis walimatul urus ini mamawana memang suka.  Sebab yakin akan temui  ramai jiran jiran lain yang turut sama hadir. Macam gathering lah gitu. Bukan hari hari pun kita boleh gather begini.  

Saya pulak bukan jenis suka sembang kosong, gosip gosip atau merapu meraban buang masa, buat sakit anak tekak jer kan. Setiap kali bertemu kita akan bertanya kabar, sakit ker  sihat ker. Walau tak dapat banyak membantu jiran yang tak sihat sekurang kurangnya kita boleh bantu bagi idea atau nombor untuk mendapat rawatan kesihatan bagi jiran yang sakit.  Mana jiran yang boleh kita bantu, kita bantu semampu seadanya.  Macam tu, simple kan. 

 Bukan nak sembang pasai Gegar Vaganza ker, Afundi itu ini ka, drama Melayu begitu begini ka, dah tak ada masa dan tidak minat dah ke arah itu doniya yang penuh drama drama berdaki. Kena usaha bagi tazkirah juga pada diri sendiri.

Bukan nak tunjuk alim atau acah suci kata demer.  Ater kalu udoh memang alim memang suci bukan ker berdosa tabur fitnah andaian itu ini begitu begini.    gegege....

Jomler nengok ke mana aktiviti minggu lepas. 


Selamat Pengantin Baru kepada kedua pasangan comel ini. Lokasi Hotel Bangi Putrajaya Equitorial.  Makanan ofkos sedap. Nasi beryani, kambing golek, acar, daging masak hitam, kek, pudings, buah2an.... enak banget.

 
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Apabila seseorang kamu dijemput menghadiri walimah, maka hendaklah dia datang.” Riwayat Malik.


Inilah semua jiran mwana yang hadir tempoh hari.

Mwana selalu perasan kecik molek sekali tengok gambar mwana lah yg macam giant berbanding jiran2 yg lain. kihkihkih.


hmmmm  nyum nyum nyum..........

Makan jangan tak makan.





Cantik kannn...



Terima kasih kpd Tuan Rumah yang sudi menjemput mwana.    Semoga kedua mempelai berbahagia dan dalam bimbingan dan redha Illahi hingga ke Jannah.  Amin.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...