Tuesday, June 6, 2017

MENDIDIK ANAK CARA RASULULLAH SAW


Assalamualaikum,



Image result for didik anak cara rasulullah saw


Related image



Sedikit perkongsian dari pengalaman mwana sendiri sebagai seorang ibu yang melahirkan dan membesarkan anak secara sendirian...

1.  Mama memanggil setiap anak/anak murid dengan panggilan Nama dan tambahan ucapan sayang dgn nada lembut. Contoh.  Syasya saang, Bayu sayang, Wana sayang dsb. 


2.  Mama temani anak2 mama bermain dan belajar . Seperti buat homework sambil mewarnanyi serta bacaan doa doa.

3.  Tatkala dalam perjalanan menaiki kereta sekiranya terjumpa papan tanda jalan atau iklan,  mama akan tanya atau bacakan huruf2 tulisan yang tertera di papan tanda tersebut pada anak2 mama seusia mereka masih kecil 3-6 tahun. Di usia 6 tahun anak2 mama sudah pandai membaca dan mengeja.

3   Setiap kali selepas solat maghrib dan Isya , mama mengambil peluang ini membacakan doa doa dan cerita cerita dari alquran spt kisah kisah Nabi zaman dahulu sehingga masuk waktu Isya.  Secara tidak langsung ini menanamkan akhlak mulia pada anak anak.

4.  Di sekolah Tadika tempat mama bertugas kini, mama melaksanakan tektik yg sama setiap hari dengan doa2 dan cerita kisah2 Nabi utk pelajar mama yg berusia 4,5, dan 6 tahun.

5.  Mengajar adab adab makan. Membasuh tangan, berdoa sebelum dan selepas makan disamping makan dengan tertib tanpa menyepahkan sisa makanan sesuka hati di lantai.

6.   Mengajar anak2 bekerjasama, bantu membantu, persaudaraan dan meleraikan ketika mereka bertengkar.  Mama sering mengingatkan anak2 agar mengasihi dan menyayangi kakak atau adik beradik sendiri.  Memohon maaf dan bersalam sekiranya bergaduh.  Begitu juga tatkala di sekolah mama laksanakan hal yg sebegitu jua agar para pelajar menyayangi dan menghormati satu sama lain.  Kalau bergaduh mereka cepat berbaik semula.

7.     Mama akan menghadiahkan biskut atau cokelat seandainya anak2 mama/anak murid mama berjaya menjawab soalan dengan tangkas dan betul.  Di samping memberi pujian bagi anak anak yg baik dan tidak menganggu rakan rakan.

Begitulah serba sedikit cara didikan yang mama ambil dan contohi serta amalan sedari dulu mama contohi dari cara didikan Rasulullah saw.  

Hasilnya terserlah kasih sayang antara anak2 murid di Tadika  / dan anak2 mama sendiri di rumah yg sudah pun berjaya melanjutkan pelajaran di Universiti.  Zaman remaja anak2 mama sangat mama ambil berat dan kawali pergaulan mereka.  Sebelum maghrib anak2 mama sendiri wajib berada di rumah utk solat maghrib dan Isya bersama.   Anak2 mama tidak keluar berpeleseran dengan teman2 atau rakan sekolah melainkan keluar hanya  dgn keluarga sendiri. Mama sanggup berpindah rumah yg berhampiran sekolah untuk menjimatkan kos transportasi dan boleh berjalan kaki ke sekolah.   Ini juga mudah utk mama pantau dan ulang alik ke sekolah sekiranya ada progrem atau apa shj acara di sekolah.

Gambar sekadar hiasan.

1 comment:

E'in said...

in shaa Allah akan amalkan.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...