Saturday, April 1, 2017

Banyaklah Sangat Citer O Allah

Assalamualaikum,

Hi Alls,

Daku mulakan entri ini dengan petikan Surah kegemaran ku.  Walau bertahun sudah masih tidak  dapat ku menghafaz surah ini dengan penuh sempurna.  Berbalik balik daku mengulangi bacaannya.  Salah diriku sendiri kerana tidak fokus.  Tidak fokus.  huhuhu..... alasan.


Bangun seawal subuh  sepiee jam 4.30 pagi. Mata ku sudah terkelip kelip tidak mahu menyambung tidur.  Bantal sudah tidak enak dipeluk.  Tilam sudah tidak enak di pembaringan. Ah, bangun saja.  Baca wasap dulu.

Haaa...... amik kau.  astagfirullahil azim.  Merenung Wasap dulu setengah jam.  Tutup hanfon.  Berzikir. Beristigfar.  Ah... tahu tahu sudah jam 5.30 pagi.  Bingkas bangun memarahi diri kerana tidak bertahajjud.  Terus ku capai tuala membersih diri.  Enaknya..dingin air paip menjirus tubuh. Fuuuuhhh.... Segar.

Segera berwudhu, bingkas mencapai jubah dan telekung putih. Yuuukkkk.... Azan subuh sudah berkumandang dari masjid yang sangat hampir dgn rumahku.  64 tapak kaki jarak jauhnya.  Errr...betulker 64 tapak kaki ku.?  Daku pernah mengira jarak dari rumah ker masjid itu suatu ketika dahulu. Ahh... 64 atau 83 tapak kakiku... ?aaahh.... daku sudah lupain.  Daku sudah semakin berusia. Ingatan sesekali pupus walau gigi masih tegap belum ada yang roboh. Belum rompong. ngeeee......


Selesai berjemaah, selesai membasuh gelas, piring makan minum dijamuan selepas kuliah subuh masjid tadi, daku bergegas pulang.  Daku ada usrah pagi ini. Daku harus menghadir diri di kursus haji terakhir jua di pagi ini. Daku harus menghadiri majlis jemputan walimah jiran tengahari nanti.  Huuu.... banyaknya aktiviti pagi Sabtu ini.  Nanti nantilah daku curi curi masa ngelat sana sini agar dapat ku hadir ke semua majlis itu.  So greedy.

Alhamdulillah, daku sempat hadir sebentar di kursus haji sessi akhir di Masjid pagi tadi ( walau daku sudah Hajjah tapi daku suka menyibuk di kursus ini sekadar untuk membantu kemas dewan selepas jamuan.  Dapatlah tolong sikit sikit cuci piring, cuci pinggan mangkuk, periuk, menyapu bersama muslimah lain. Itulah aktiviti ku setiap pagi Sabtu dan Ahad dengan izin Allah jua)

Nak kata daku mengelat tidak juga. Daku tinggalkan majlis terlebih awal kerana berkejar ke usrah anjuran tempat kerja ku. Usrah juga sebulan sekali.  Alhamdulillah.  Isi kandungan usrah tentang teknik2 menghafal AlQuran.  I will share it later.  Insya allah. Selesai Usrah daku bergegas pulang utk progrem seterusnya. Memenuhi jemputan walimah anak jiran tengahari ini .  

On the way back to my house, along the corridor before reaching to the lift this morning I met my jirans  waving towards me to come and join them in the Marhaban group. Oh Allah... so happy to be invited. Rezeki jangan di tolak.  Eceh ceh... perhal daku berspeaking tungganglanggang tu tadi.  hehehe....  

Okaylah, cut it short. Nak share foto2 pagi ini.

Kursus Haji Bersiri bersama Muslimah ..my good neighbours who are always willing to cook, to wash, to clean, to sweep, to mop what ever tasks given will  be done completely and always giving their hands helping in whatever occasions organise by the mosque.  We are the volunteers the muslimah of masjid Muqarrabin.  Kerja tanpa upah. Semoga bertaut Ikhlas lillahitaala. and of course we enjoy doing it. 



Below pic, Di Usrah ...tak sangka dapat bersua kembali budak tecik comel yang pernah ku didik tahun lalu.  Dah besar dia. Dah pandai cakap , keletah lagi. Masih dia mengingati Cikgu ini.. Si adik tu pernah ku asuh sejak usia 4  bulan hingga setahun sebelum diambil alih oleh Guru baru. Now he is already 3 years old.  Im so happy to see them.  Dapat melepas rindu dgn anak2 syurga ini.  I love kids.



Next below pic,  rezeki mengikut progrem Marhaban anjuran jiran ku jua.  I have joined quite a few numbers  Marhaban ni. Not yet ten times I guessed.... cannot remember how many times exactly.  Celebrate birthday for this little cute girl. See.... so grand.


We are happy neighbours. The Muslimah Marhaban Group..Insya allah 

Lastly, memenuhi jemputan jiran. Kenduri walimatul urus  yang meriah, gembira rasa di hati melihat kemeriahan masjls ini.  Haaa.... emak pengantin busy on the phone daku ajak berselfie.  hihihi....



So, nikmat Tuhanmu yang mana kah hendak kamu dustakan?   Daku ingin sami'na wa 'a tho'na selalu.  Hablumminallah. Hablumminannas.   Oh Allah please forgive all my wrong doings. I repent for all the bad deeds I've done before.  Years goes by Im gettin older. Thanks for the eyes , for the mouth, for the nose, ears, hands, my two legs, the fresh air I've inhale and exhale, the beauty of the scenery you've shown me, the rewards you have given me always. Thank you Allah for blessing me much more than I deserve.  Thank you for giving me another beautiful day. Another day for me to perform sollah , to fast, to sadaqah Insya allah.  The sun may rise tomorrow. I may not. Repent today. Repent every minute. Repent every second. Istighfar. May the Quran be my Best friend who will accompany me in the grave. Read 1 juzuk per day. Go for it. Work for it. Forget all the pains, the tears, the mistakes, the sins done before.  The doors of the Tawbah is always open. Life is beautiful.  Subhanallah. Alhamdulillah.  Allahu akbar.



4 comments:

Adam said...

Terima kasih

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Alhamdulilah..pengisian 1 hari yg paling sibuk buat kak mamawana..semoga akak diberikn kesihatan yg baik.Aamiin

Azian Elias said...

ALHAMDULILAH..
nice sharing.

Kak Nab said...

tq atas perkongsian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...