Monday, January 9, 2017

Gambar Tahun 1930an Bila Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj Datang ke Kampung Kemer.

Assalamualaikum

Seronoknya. Bangganya bila melihat foto foto sekitar tahun 1930an di rumah Ayah Cho kemer di Kg Tok Paduka Raja Pulau Tiga Parit Perak tempoh hari.  Gambor zaman belum perang dunia komer.  Susah nak dapat ni. Antik.Unik. Fantastik.

Foto foto ini menggambarkan yang Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj pernah datang melawat kampung kami. Tu yang gambor hitam putih.  Maju kampung kemer ghopernya zaman dolu dolu.  Ada band, ada pancaragam kampung, ada industri perah minyak ketior dll



Foto diprint semula pada tahun 2012.

 Ini Malay Club dolu dolu.  Atuk kemer yang misai melintang itu. Duduk tengah tengah. Beliau ialah bekas Bendahara Orang Besar Jajahan Datok Paduka Raja Wan Yeob Ibrahim 


Al Fatihah
Harap maklum.






1 comment:

zino said...

wah tumpang bangga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...