Friday, December 9, 2016

Ziarah Sufi

Assalamualaikum





 







.ziarah pondok yg ke2..Madrasah Islahiah Sg Karangan..Padang Serai, Kedah

















Bagusnya penduduk di kampung ini. Hampir keseluruhannya datang mengikuti progrem majlis ilmu berkitab di Pondok ini.  Ya Allah, tenang dan bahagia di desa ini.  Penuh Surau, penduduk duduk di mana sahaja di bawah pohon2, ditepi rumah2 asalkan dapat mengikuti pengajaran  hari Jumaat yg mulia ini.



Industri ternak Madu kelulut



Di colek colek rasanya masam masam manis.


Alhamdulillah..ziarah pondok yg ke3..Madrash Darul Muttaqin, Pdg Kubu, Simpor Tikam batu...makan mlm didlm talam secara berjemaah





Pertemuan yang santai dan sejuk perut ibu melihatkan para  pelajar di pondok Tahfiz ini.  Ya Allah , jadikanlah anak cucuku jenerasi yang mencintai solat dan Al Quran dan menjadi  dikalangan Hafiz dan Hafizah.  Amin.




Kami menginap di Hotel An Nadhoh. Hari kedua kami sedondong kuning menghadiri kuliah di Surau An Nadhoh.







Sehati sejiwa rombongan Cik Kiah mewakili Masjid Muqarrabin K.L





Selesai progrem ziarah Sufi kami memborong di kilang industri Jeruk Pak Ali yang enak. Suatu kenangan yang manis di sini.


Hebat orangnya anak Pak Ali ini. Belajar di Universiti Pasar Malam. Tidak tahu cakap orang putih dan tidak tahu cakap BI katanya merendah diri namun usahanya membuah hasil yang membanggakan yang boleh memberi pulangan pendapatan RM2000 sebulan bagi makcik2 yg rajin dan gigih bertugas hanya memotong buah jeruk.  



Mwana pekena secawan kopi yg enak ini.  Datang sini jangan lupa minum kopi Jeruk Pak Ali.




Lastly, dalam perjalanan pulang kami melalui bandar Ipoh , singgah ke Manjoi dan mendarat ziarah di Pondok Al Barakah Datuk Ustaz kazim Elias.


Kos Sebiji pondok antara RM15000-RM20000. Andai penghuni pergi dahulu, pondoknya di wakafkan kpd penghuni baru.  Begitulah salah satu ibadah utk kita memetik buah buah pahala di pohon syurga kelak.  Ya Allah, izinkan daku utk membina pondok seperti ini jua agar dapat ku wakafkan kepada penghuni yang seterusnya Amin. Ya Rabbal alamin.



Begitulah serba sedikit catatan ringkas perjalanan Kembara Sufi mwana dengan Rombongan Cik Kiah  mewakili muslimah Masjid Muqarrabin. K.L.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...