Tuesday, November 1, 2016

CUCI

Assalamualaikum

Mwana ucapkan jutaan terima kasih kepada semua anak anak muda remaja teman seusrah  Wana dan Shahran, kawan anak anak mama yang sudi bertungkus lumus menjayakan projek cuci rumah  di kampung.  Semua masih menuntut di pelbagai Universiti tempatan.  Mama kagum dengan keluhuran budi dan akhlak mereka.  Semoga Allah swt membalas setiap titik peluh anak anak ini dengan rezeki dan kebaikan yang melimpah ruah. Amin.


Berpeluh peluh mencuci lantai, menyapu dan cuba mengeringkan lantai yang banjir bersabun lagi licin. Bilas berkali kali dan yang lelaki membantu memasang langsir rumah yang simple. Ada yang mencuci cermin tingkap, ya cermin tingkap satu rumah, kiri , kanan dan di setiap penjuru yang bercermin. Penat nyer wooiihh...,, tak boleh nak cerita, walau rumah kampung ini  kecil  sahaja.  Bukan   bungalow mewah pun.




Wana dan Shahran

 Mama abadikan gambar gambar usaha gigih mereka di sini sebagai momen manis atas usaha baik mereka.




Sebelum pulang ke Kuala Lumpur kita jamu selera dulu di Kampung Gajah.  Sedap makanan di Gerai Thai Food ini.  Alhamdulillah. Terima kasih daun keladi, lain kali sudi sudikanlah membantu mama lagi.  Harap tidak serik dalam kerja kemasyarakatan ini.  Semoga Allah shj yg membalas jasa baik anak anak muda ini.  Amin.




4 comments:

Kakzakie Purvit said...

Terharu kakak tengok
Anak-anak remaja yg beginilah yg bakal mencorak kebaikan dimasa akan datang

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Assalamualaikum Mama...
U are so lucky.. dikelilingi insan2 remaja yg rajin menolong. Pasti Mama pun dah anggap mereka spt anak2 sendiri kan?.

mamawana said...

Ya Kakzakie

Mwana pun tak sangka anak anak mama punya teman2 seusrah yg hebat2 ini. Alhamdulillahirobbil alamin.

mamawana said...

Ya Miss Mirror. Memang mwana anggap teman anak2 ini bagai anak2 sendiri sudah. Alhamdulillah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...