Friday, October 7, 2016

Walimatulurus Oktober 2016

Assalamualaikum

Ahad lalu, mamawana memenuhi jemputan jiran untuk bergotong royong menyenduk makanan di majlis walimatul urus anak tetangga.  Majlis diadakan didewan Masjid Muqarrabin Bdr Tasik Selatan, KL.  Mama tidak ada baju sedondon  seperti jiran jiran lain setiap kali bila ada majlis,  bergeng geng mengenakan pakaian yang serupa macam uniform  lak.  Ada pasukan menyendok yang  pakai baju biru tudung pink, di bahagian sebelah sana ada lagi pasukan jirannita yang mengenakan pakaian sedondon warna lain pula.  Mamawana pakai ajerlah apa yang ada.  Tutup aurt Asal  sesuai dengan majlis.


 Beberapa gambar yang sempat mamawana snap sebelum busy melayan tetamu.


Bunga Telur/door gift untuk setiap jemputan.

Macam retis Korea lak pengantin lelaki ini. pengantin perempuannya so sweet.



Mieng Kham

Kacang tanah, ikan bilis goreng garing, udang garagau, cili api, hirisan bawang , gula kabung di bungkus dalam daun Kaduk sehelai sehelai macam emak emak kita makan sireh dolu dolu.


Sebab mamawana suka makan Mieng Kham ni So, mamawana offer untuk jaga meja yang menyediakan makanan ini.  Ramai yang tak kenal, tak tahu, tak pernah jumpa, tak pernah makan Mieng Kham ini terus pertama kali mencuba dan suka. Jatuh cinta lah tu macam mamawana dolu dolu. heeeee. Habis you hidangan ini di penghujung majlis. Sedap. Kalu ketemu hidangan ini lain kali, Cubalah.  Sekian.



1 comment:

luqman zakaria said...

first2 dah gmbr makanan.terliur tgk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...