Tuesday, October 11, 2016

SENDIRI


Assalamualaikum

Dulu ketika remaja aku sendiri
Sendiri mencari rezeki sesuap nasi
 di kilang kilang sekitar Kuala Lumpur
Kais pagi makan pagi dengan gaji RM5 sehari
Tiga puluh tahun dahulu

Ke sana kemari mengepit buku
Mencatat nota untuk berjaya dalam STPM
Alhamdulillah dapat sijil penuh
Dengan sejemput rezeki  sendiri sendiri
Aku sambung pengajian menggenggam Diploma UITM
Sendiri sendiri
Tiada adikberadik menyokong
Tiada saudara mara menyokong
Tiada abah menyokong 
Kerana abah sudah arwah


Tetap sendiri , sendiri aku panjat pentas
Menggenggam ijazah
Setelah siang malam mentelaah
Mengheret anak anak bersama
Dari Universiti ker satu Universiti
Gagal usah ditanya
Dekan sekali sekala
Alhamdulillah......Tetap berjaya 
Berdoalah dengan sabar dan solat.
 Tiga puluh tahun berlalu
Rezeki ku bertambah baik
Bukan RM5 sehari tapi RM5 sejam.
Fikir.
Sendiri Sendiri.

Hasbunallahu wanikmal wakeel.








No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...