Sunday, September 25, 2016

World Quran Hour Kuala Lumpur

Assalamualaikum


Salam sayang sayang semua. Ingin ku petik bintang bintang di cakerawala untuk ku hidang sebagai santapan pandangan kalian. Ingin ku selam, mengutip mutiara di lautan dalam untuk ku persembahkan sebagai perhiasan di dada puan puan. Apakan daya kailku  panjang hanya sejengkal tak mampu ku duga lautan dalam.  heeeeee................

Okey, kembali pada entri hari ini.  Banyak cerita yang mama nak celotehkan sepanjang ketiadaan mama di alam blog ini.  Tapi cukuplah sekadar yang mampu mama kongsi sahaja.

Hari ini Ahad, 25hb Oktober 2016 mama berkesempatan menghadiri progrem World Quran Hour di PWTC Kuala Lumpur.  Alhamdulillahirobbil alamin.

Syukur Allah swt mengizinkan mwana menyertai sama bacaan bacaan untuk mengkhatamkan 30 juzuk bersama para hadirin muslimah yang memenuhi Dewan di Aras 2 PWTC. Mwana diberi Surah Al Baqarah m/s 41-42 ayat 249-256 untuk bacaan secara perseorangan. Bacaan Selesai dalam  masa tak sampai 15 minit.  Sekejap sahajakan.  Biasanya majlis khatam beramai-ramai  yang mwana pernah hadiri mengambil masa satu jam untuk mwana selesaikan bacaan 1 juzuk yang diberi.  Alhamdulillahirobbil alamin.

Jom layan foto2 berikut.




#quranhour #worldquranhour






“Siapa saja membaca al-Qur’an, mempelajarinya dan mengamalkannya, maka dipakaikan kepada kedua orang tuanya pada hari kiamat mahkota dari cahaya dan sinarnya bagaikan sinar matahari, dan dikenakan pada kedua orang tuanya dua perhiasan yang nilainya tidak tertandingi oleh dunia. Keduanya pun bertanya, ‘bagaimana dipakaikan kepda kami semuanya itu?’ Dijawab, ‘karena anakmu telah membawa al-Qur’an”. (HR. Al-Hakim).

Subhanallah! Ayat2 magikal Al-Quran berkumandang sejam rentetan di event World Quran Hour ini.  Terharu. Syahdu. Pilu. Semoga ia dinaungi sayap sayap para malaikat bagi mukminin yang ikhlas. Amin.  

Sabda Nabi Muhammad saw: “Perumpamaan orang yang membaca al-Qur’an sedang ia hafal dengannya bersama para malaikat yang suci dan mulia, sedang perumpamaan orang yang membaca al-Qur’an sedang ia senantiasa melakukannya meskipun hal itu sulit baginya maka baginya dua pahala.” (Muttafaq ‘alaih).

Wasallam.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...