Monday, September 5, 2016

Resipi: Lauk Rakyat Marhaen

Assalamualaikum

Apa kabar semua?  Blog penulisan mama ini tidak ada sesuatu yang istimewa pun.  Hanya blog santai santai, blog picisan yang jarang jarang orang jenguk dan komen.  Almaklumlah tiada cerita meletups yang depa duk perangat selalu.  Mama tidak pandai nak viral gosip sana sini.

Mama tulis cerita harian.  Tentang makanan, masakan, keluarga, teman dan jiran jiran yang baik baik disekeliling mama.

Kelmarin sangat meletihkan diri ini.  Letih bukan kerana kerja di sawah padi atau menoreh getah atau kerja empat kerat membanting tulang di ladang bagai.  Tugas mengajar dan melayan karenah anak anak syurga di Tadika tempat mama bekerja pun boleh jadi sangat meletihkan.  Walau pendapatan tidak seberapa tidak selaras dengan diploma dan ijazah yang dimiliki tapi mama suka kerja di bidang ini.  

Setiap hari mama suka mengajar, mendidik, berbual, bercerita dan menyanyi, mengaji AlQuran dan Iqra bersama anak anak syurga ini.  So, no complain at all. heeeeeeeeeee

Letih letih pun habis bertugas, pulang ke rumah, mama tetap akan menyediakan makan malam untuk keluarga kecil mama.  

Inilah lauk rakyat marhaen seperti kami.  Hari hari makan masakan dari ikan sardin, ikan cencaru, ikan kerisi yang bajet murah murah tu.  Layan gambar di bawah.  Ada ikan kembong goreng, kari ikan bubuh bendi, sayur tumis air, sambal belacan hasil tangan anak bujang mama yang membantu mama di dapur.  

Anak bujang mama rajin membersihkan ikan, memotong bawang dan tumbuk bahan kisar bagai.  Mama terus tumis bahan bahan itu sahaja.  Yang penting kerjasama.... kerjasama.  

Mana anak dara mama eh?  Ya lah, kesian dia. Anak dara mama kan baru lepas  jadi mangsa kemalangan kereta 3 Syawal lalu, tulang buku lali kaki kirinya patah, retak dan berserpih. Dah sebulan berlalu. Bila pakar Tuan Doktor sendiri tidak menggalakkan pembedahan masuk skru besi bagai yang menyakitkan adalah lebih baik berusaha cara rawatan traditional.  Sembuhlah tu.  Walau masih bertongkat dalam rumah..  Insya allah.


Inilah lauk rakyat marhaen seperti kami. Nak resipi?  Tak payah lah.  hihihiiiiiii......... Bismillah. Alhamdulillah.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...