Friday, September 2, 2016

Masak Lemak Cili Api Ikan Ayerr

Assalamualaikum


Seumur hidup mama tidak pernah membeli ikan ayerr (Org Ganu sebut ikang ayer)  atau ikan tongkol.  Walau mama sangat suka memakan ikan ini menjadi lauk dalam nasi dagang tetapi mama tidak pernah membelinya di pasar.  Mungkin sebab setiap kali dapat ikan tongkol yang bersaiz besar dan mahal di pasar, lantas bajet mama selalu tidak mencukupi. 

 Selalu dapat ikan tongkol ni saiz besar besar ada dijual di pasar mahupun di kedai kedai runcit yang menjual bahan basahan ini..  Bila diminta potong separuh untuk membelinya taukeh ikan enggan dan hanya menjualnya seekor seekor. 

Baru baru ini mama terlihat ikan tongkol berderet atas para batu tempat jualan ikan di kedai runcit berhampiran rumah mama.  Mama pun terus suruh Bangla pembantu kedai runcit tu potong atau siang seekor ikan tongkol tersebut.  Macam kempunan anak sulong pulak. hehehe.

Hajat asal nak buat singgang atau asam rebus bubuh serai, cili api dan asam keping sama kacang bendi.  Tetapi lain pula jadinya, apabila teringatkan anak bujang mama yang suka makan masak lemak cili api.  Mama pun lupa berapa berat  ikan tu tapi lebih sekilo lah. Harganya RM23 seekor.  Boleh tahan kan. Boleh jadi sajian dua hari seekor ikan besar ni. hihihi.

So, jadilah ikan tongkol masak lemak cili api ini.

Resipinya:

1 ekor ikan tongkol ( mama guna separuh jer ikan ni, separuh lagi goreng)
segenggam cili api (dikisar sama seketul kunyit hidup, seketul kecil lengkuas dan sebiji bawang merah saiz besar)
2 keping Asam gelugor
serai dua batang di ketuk
Sedikit garam/gula/serbuk perasa maggi (ikut pilihan hati)
Santan pekat sepaket
Air sepaket bekas santan tadi
2-3 biji terung dipotong2 atau Kacang Bendi 6 keping (boleh guna timun)

Cara2

Masukkan bahan kisar, serai, asam keping dan sedikit air.
Masukkan potongan ikan
Didih perlahan
Masukkan santan pekat biar sebentar dan masukkan terung. Masak hingga sebati. Jangan sampai terung tu lunyai ya. Tutup api.  masukan garam/gula kacau bagi mesra. Siap. boleh dihidang.



Maaf ya gambar tak cantik. Simple ajer. Janji anak anak puas makan. Masakan ibu ini yang dimasak dengan ikhlas dan penuh kasih sayang melebihi kategori makanan kesihatan kan.... ngeeeeee.

Alhamdulillah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...