Saturday, September 3, 2016

Ikan Ayerr Goreng Daun kari

Assalamualaikum

Tak tahu apa nak share.  Tapi cerita kelmarin.  Main masak masak di dapur.  Masak campak campak jer.

Ikan tongkol digaul garam kunyit + serbuk cili skit, hirisan cili api + hirisan bawang besar dan setangkai daun kari.  Goreng hingga masak dan mesra.  Angkat dan campurkan sedikit kicap manis.  Daun kari tu jadi sangat rangup. Saya perah skit asam limau keatas ikan goreng itu.  Boleh pula anak bujang saya ulang2 kunyah daun kari tu. Sedap katanya.  Esok2 tu saya ulangi lagi  goreng ikan bersama daun kari.  Memang sedap.  Makanan kesihatan kan....kan



Alhamdulillah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...