Thursday, September 29, 2016

Aceh Part III


Assalamualaikum

Kalau ke Aceh jangan lupa bawa uwang jutaan rupiah nya biar lebih.  Selain untuk nyopping untuk bersedekah dan beramal jariah juga di bumi Aceh yang barokah ini.

Kami dibawa melawat rumah anak anak yatim, miskin mangsa Tsunami juga anak anak yang terbiar tiada beribu bapa.  Luluh hati melihat keadaan anak anak ini dan keadaan rumah anak yatim seadanya.  Terdapat seramai 200 pelajar dan guru guru serta penjaganya juga tidak dibayar gaji hanya mengharapkan bantuan sukarela dan sumbangan dari orang awam dll.  Ke sana kemari didalam kawasan rumah anak yatim ini anak anak tidak berselipar yang sempurna. pakaian seadanya lelaki dan perempuan.







Melihat penjaga memasak di dapur sebuah ruang terbuka...yang dijadikan dapur memasak.


Wajah yang malu malu bila mama minta dia senyum....



Bersama seorang Ibu penjaga anak anak yatim miskin di rumah ini.  Sukanya hati mereka, jelas terpancar kegembiraan di wajah mereka tatkala menerima kami sebagai tetamu.  Sebelum pulang spontan kami membuat kutipan sumbangan yang alhamdulillah untuk perbelanjaan harian mereka membeli beras, minyak, tepung, lauk pauk harian dll.  insya allah.





Masjid Baiturrahman


Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuu akbar. Ketika ini 12 payung gergasi sedang dalam pembinaan di sekitar Masjid Baiturrahman . Payung gergasi yang menyerupai payung payung di Masjid Nabawi Madinah atas tajaan Kerajaan Arab Saudi.


Ehem....suka dapat ziarah dan bersolat di Masjid yang barokah ini.



Bersama seorang Makcik Ibu Kolak yang terselamat dalam bencana ombak ganas Tsunami 2004.  Kelihatan sebuah kapal nelayan terdampar diatas sebuah rumah penduduk .



Al Quran yang hanyut bersama kubah yang terdampar di sebuah kampung.



Sebuah Kubah Masjid yang mengandungi Al Quran, di mana kubah dari perkampungan sebalik bukit ini hanyut sejauh 2.5 km semasa kejadian ombak Tsunami lalu terdampar cantik di tengah sawah.  Kubah ini menjadi daya tarikan dan memberi rezeki kepada penduduk kampung yang miskin ini.  Sesungguhnya Allah pemberi rejeki.  Ketika kejadian Tsunami Kubah ini membawa Al Quran didalamnya.




Bermain di Taman Gunongan.  Iaitu Taman yang dibina oleh Sultan Iskandar Muda untuk isterinya Permaisuri Kamaliah puteri dari Pahang.  Binaan putih bersih ini dibuat dari batu kapur, putih telur dan pasir.  Sungguh unik dan utuh walau dilanda bencana Tsunami.

 




Satu hari satu masjid kami bersolah.





Kesan kerosakan Ombak Tsunami yang dibiarkan sebagai petunjuk bukti kebesaran Allah  yang bahagian lain masjid ini masih utuh walau pernah ditenggelami ombak ganas hingga ke Kubahnya.


Menziarahi Maqam Syeikh Abdur Rauf Ali Al Fansuri atau Syeikh Kuala.  Jangan silap sangka sebab ejaan Syiah sebutan di Aceh ialah Syeikh.  Mama pun mulanya menyangka Syiah ajaran sesat Iran tu.  Syeikh  Abdur Rauf ialah pendakwah asal Islam tersebar ke Pasai dan Aceh beribu tahun lalu. Beliau meninggal di tanah Aceh sini. Anak muridnya juga anak buah Syeikh sendiri ialah Ulamak penulis terkenal Hamzah Fansuri berketurunan Yaman.  Salah seorang anak murid tempatan Syeikh atau Syiah Kuala ini ialah Pendakwah Tok Pulau Manis Kuala Trengganu.



Kabarnya ketika  Tsunami melanda, walau ombak mengganas setinggi 5 tingkat  tetapi air laut ganas yang mendatang  seperti terbelah melalui maqam Syeikh ini tanpa merosakkannya sedangkan terdapat kilang simen/bangunan setinggi 5 tingkat  yaitu kilang simen Lafarge yang berhampiran boleh rosak teruk.  


Okey, kita sambung lagi to the next part 4 ya.  TQ.

1 comment:

Uncle said...

Assalamualaikum.

Saya memang teringin nak ke Aceh tetapi masih belum ada kesempatan untuk berbuat demikian. Dari entry ini dapatlah saya memahami dengan lebih lanjut lagi. Terimakasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...