Monday, September 26, 2016

ACEH PART 1

Assalamualaikum

Alhamdulillahirobbil alamin.  Dengan izin Allah swt sampai jua mwana  ke Tanah Seberang.  Memang tidak pernah terfikir untuk sampai ke bumi Aceh ini.  Selama ini hanya menonton cerita tentang Aceh sejak ditimpa musibah Tsunami 2004 lalu.  Dan Sejak tahun tahun ke belakangan lalu mwana hanya berhajat untuk sampai ke Bandung atau Korea jalan jalan musim bunga selain menjejak kaki di dua Tanah Haram yang indah.  Banyak lah duit ekau. Huuuuuuuuuuuu...... berangan angan dulu.  Mimpi mimpi indah dulu.  Ada rejeki pasti menjadi kenyataan jua . kannnnnnnnnnn.... Insya allah.

17hb Sept. 2016 mama bersama anak dara mama Syazwana, jam 4 pagi kami bersedia menaiki teksi sewa (tempah jiran) ke KLIA2. Kos perjalanan dari Bandar Tasik Selatan ker KLIA2 bercaj RM100 sehala. 


Dalam flight AirAsia dari KL ker Aceh,  mama dah siap order online makanan utk kami berdua.  Bukanlah makna berduit atau bermewah mewah tetapi mama suka menggembirakan anak mama yang sejak 3 Syawal lalu tidak dapat berhari raya dengan sebenarnya kerana terlibat dalam kemalangan kereta.  Selama hampir dua bulan kaki wana bersimen dan keluar masuk wad HUKM dan selama itu jugalah dia berkerusi roda.  Alang alang terbang di awan tinggi biarlah selesa dalam penerbangan.

Mulanya mama sangat risau sekiranya terpaksa membatalkan tempahan trip ke Aceh disebabkan halangan itu. Bayaran separuh telah dibuat terlebih dahulu sejak April lalu. Tetapi atas nasihat Doktor pakar menggalakkan Wana bercuti dan melancung merehatkan minda dan menggembirakan hati yang berdukacita.  Mama teruskan progrem melancung ini.

Allahu Akbar.
 Penerbangan yang sekejap sejam lebih sahaja. Mama habiskan dengan acara tidur dan makan dalam flight.

Tempat lawatan yang pertama kami singgah ialah di Perkuburan Besar dipanggil Kuburan Massal.  Iaitu sebuah kubur besar yang mengkebumikan 46,718 mangsa korban Tsunami Aceh  26 Disember 2004.


Kemudian kami ke Museum Tsunami

Bayangkan helikopter penyelamat yang datang untuk menyelamatkan mangsa turut menjadi korban kerana terlebih muatan.  Mangsa berebut rebut ingin naik dan masuk ke dalam helikopter ada yang bergayut minta diselamatkan.  Akibat terlebih muatan helikopter ini menjunam ke dalam gelombang  air laut hingga mengorbankan kesemua mangsa.  Innalillah.


 Dibentuk seperti sebuah cerobong besar lagi tinggi, nama2 mangsa Tsunami dicatatkan di dinding dinding sebagai  tanda ingatan selepas jasad mereka ditemui.  Setiap keluarga yang menemukan mayat baru keluarga mereka yg menjadi mangsa Tsunami boleh menambah catatan nama nama tersebut di dinding cerobong batu yang puncak ke atas ditutupi dgn tulisan nama Allah sebagai simbolik perjalanan manusia akhirnya untuk menemui TuhanNya yang Satu.



 Antara replika masjid yang teguh  terselamat dalam gelombang ganas Tsunami


Tidak dapat dibayangkan ketakutan, kengerian dalam peristiwa musibah ini bagai Kiamat Kecil.  Allahu akbar.



Kami juga dipertontonkan dengan tayangan saat saat Aceh dilanda gempa bumi dan semasa kejadian Tsunami tersebut.  Saat menjejak kaki di bumi Aceh yang bertuah ini, saat itu juga hati berdegup bergetar pilu teringatkan saat saat kejadian itu.  Sungguh perjalanan menziarah Aceh ini apa yang kami dapat?

melihat kesan Tsunami

merasai kesedihan mereka

melihat kebesaran ALLAH ..

menyelusuri bumi Aceh



Selepas dua lawatan tempat bersejarah ini barulah kami di bawa kehotel penginapan yakni di Hotel Medan Aceh.




Aceh Siri 1 berhenti di sini dahulu ya. Nantikan sambungannya .... Insya allah.  Thank you for reading to the last full stop. 


1 comment:

Kakcik Nur said...

Betapa besarnya kuasa Ilahi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...