Wednesday, August 3, 2016

Resipi Miang Kham

Assalamualaikum

Mwana cuba nak ingat ingatkan kembali keenakan menjamah Miang Kham di rumah jiran mama yang pandai menyediakan makanan ini di satu Raya Open House tempoh hari.  Sekali rasa sekali mencuba mwana terus jatuh cinta menikmati keenakan Miang Kham

Mwana tak tahu resipinya. Tapi mwana cuba ingat ingatkan kembali apa yg mwana bubuh dalam sehelai daun kaduk tempoh hari.

Sehelai daun kaduk yang lebar sainya
Secubit kekacang tanah yg ditumbuk kasar
secubit bawang goreng
secubit ikan bilis
secubit udang goreng
secubit cili padi dihiris halus
secubit parutan kelapa putih di goreng
sosnya manis mcm gula melaka + sos ikan + bwg merah + halia+ lengkuas

Ada org bubuh serai dihiris2 halus.

Miang kam ready.JPG


So, ambil sehelai daun kaduk dan bubuh bahan bahan di atas sedikit2 spt orang makan sireh. Bubuh sos manis tadi. Balut, dikunyah mcm makan sireh.  Hehe sedap.  Mwana suka sangat .  Kata orang elok makan ni utk buang angin dlm badan.

Bagus kan.





1 comment:

Qaseh Vee said...

daun kaduk selalunya saya makan letak nasi dan lauk ( ayam / daging ) di dalamnya , kemudian bungkus dan makan ... heheheee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...