Thursday, July 7, 2016

Tadaruss


Assalamualaikum

Ada ker orang nak tahu pasal Tadarus ni?   Atau sekadar nak update blog? huhuhu...



Mwana pun bukanlah seorang yang mahir atau pakar dalam  bacaan tajwid dan hukum hakam atau taranum bagai.  Tapi mwana usahakan, paksakan diri untuk bersama muslimah/jiran2 mwana menghadiri sebarang kelas pengajian Al Quran dan  bacaan Tadaruss setiap malam Ramadhan lalu di Masjid berhampiran kediaman kami.

Alhamdulillah anak bujang mama dan anak dara mama pun turut serta bertadarus.  Setiap malam selepas solat tarawikh kami bertadaruss mengikut kumpulan masing masing sehingga jam 11.30 -12.00 mlm atau lebih bagi yang mampu berjaga lewat.  Mwana jam 11.30 malam dah cabut minta izin balik rumah kerana esoknya bekerja.


 Seronok, bahagia rasanya bila bertadaruss bersama anak anak.  Di rumah pun kalu mwana mengaji, mwana paksa anak2 mwana utk semak bacaan mwana. huhuhu... Nasib baik depa layan kan juga permintaan ibu mereka ini. Alhamdulillahirobbil alamin.

Jiran jiran mwana yang rajin berjemaah di masjid.  Geng masjid ni.

Ni kumpulan kami. 7 orang shj.  Wana tiada dlm gambar sebab dia yg ambil gambar. heeee....
Seperti tahun tahun lepas kadang kadang pihak JAWI atau masjid menyumbang kain telekung, sejadah dsb kpd peserta tadarus lelaki dan perempuan.  Tahun ini kami dapat tudung Neelofa. Cantikkkk... boleh pakai jalan jalan raya ni. ihiiikkss.. 

Mwana suka nak berpesan pesan di sini. Bacalah Al Quran setiap hari. Walau 3 Qul.  Hafaz dalam dada dan pegang sungguh2 ayat ayat itu.  Contoh Surah Al Ikhlas, mamawana selalu amalkan setiap hari setiap ketika ia spt memberi satu kekuatan dalam diri.

Sekian.  Alhamdulillahirobbil alamin.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...