Wednesday, July 13, 2016

Perasan Model EID 2016 Syahdunya


ASSALAMUALAIKUM

Setiap kali Eidifitri kami tetap akan bergambar bersama sebelum meneruskan agenda ziarah menziarah ker umah saudara mara atau balik kampung sebelah emak dan sebelah abah.  Jom layan  model Eid 2016 dalam perkongsian entri ini.


Model Jubah dari Madinah dibeli ketika Umrah Februari 2016 yang lalu.  So, hari raya ni tiada membeli apa apa pakaian sebab masing masing semua sudah membeli belah di Mekah dan Madinah.  Di sana lebih murah jubahnya kalu  SR100 di sini mau RM200-RM300 atau lebih. Kami berjimat sebaik mungkin beli yang murah murah ajer.

 Restu dipohon, ampun maaf di pinta.   Ibu, doakan aku menjadi anak yang solleh.  Semoga aku menjadi alasan Allah swt membuka pintu syurgaNya buat engkau kelak.




Main cak cak di pagi aidil fitri
 Kita selalu menangis dan tertawa bersama tapi ibulah yang terlebih dahulu banyaknya tangisan, airmata, susu dan darah yang tumpah untuk melahirkanmu sayang.
  




 Ibu, terima kasih di atas cinta, keikhlasan dan kesabaran yang engkau ajarkan kepadaku.

 Terima kasih Ya Allah, Engkau telah menganugerahkan kasih terbesar dalam kehidupanku mewakilkan dari kasih sejati seorang ibu ku.


Kita pernah berpimpin tangan, berpelukan di hadapan Kaabah, di Hijr Ismail. Di Maqam Rasulullullah di Raudhah. Kita pernah bersolat berjemaah bersama. Kita pernah bertadaruss bersama.  Kita berqiamullail bersama.   Segalanya bersama. Agar di akhirat nanti, di padang mahsyar nanti ada jawapan yang engkau berikan untuk mendinding ibumu dari jolak api neraka.  Ampun maaf dari seluruh jiwaku.  Duhai anak anakku, tabah, kuatlah dan istiqamah dalam amalan sollehmu untuk hari hari mendatang.  Menanti redup bahagia di bawah sayap para malaikat dan naungan kasih Illahi. Salam lebaran Syawal 2016.  

AlFatihah untuk arwah bondaku Wan Zaidun Wan Yeop Ibrahim dan Ayahandaku Kamaruddin Saodah.





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...