Friday, July 8, 2016

Nikmatnya Berittikaf


Assalamualaikum

Menurut syara’ I’tikaf adalah duduk berdiam diri di masjid, tempat orang berjamaah dengan niat beribadah kepada Allah swt. Menurut Mashab Hanafi, I’tikaf adalah tinggal atau menetap di masjid yang digunakan untuk shalat berjamaah dalam keadaan berpuasa serta diawali dengan niat untuk beI’tikaf. Sedangkan Mazhab Syafi’I mendefinisikan I’tikaf dengan menetap di masjid yang dilakukan orang-orang tertentu dengan niat.

Seperti tahun tahun lalu sudah menjadi rutin tahunan kami sekeluarga berittikaf dan berqiamulail di masjid pada akhir 10 Ramadhan.  Sebenarnya bukan penuh pun dapat berqiamullail 10 hari terakhir itu.  Ada tahun2 yg kami hanya dapat satu atau dua malam shj.  Ada tahun kami dapat berqiamulalil di masjid 3-4 malam.  Tahun 2016 alhamdulillah kami dapat 5 malam sekeluarga berkampung di masjid Asy syakirin KLCC.

Siap bawa sleeping bag atau toto utk bermalam di masjid. Bawa pakaian dan barangan peribadi, ubat ubatan keperluan sendiri untuk melancarkan berikttikaf .

Apa yg kami buat? Apa yg mereka jemaah jemaah lain buat?  Ada yang mendirikan solat, ada yang mengaji Al Quran ada yg berzikir dan ada yg berbincang mengeratkan silaturrahiim.  Sepanjang malam malam akhir 10 Ramadhan itu jemaah lain mwana perhatikan masya allah hebatnya mereka.  Ada yg mengaji berjam jam menanti utk qiamulail berjemaah pada jam 3.30 pagi.  Hebatnya kalian.  Malu mwana pd diri sendiri.

Ada jemaah wanita lain yg spt langsung tidak tidur malam kerana asyik mendirikan solat sehinggalah solat berjemaah jam 3.30 pagi.




 Secara tidak langsung, Ia adalah juga sebagai satu latihan yg sangat baik utk persediaan mereka yg hendak menunaikan haji sebenarnya. Bayangkan ruang tidur yg sempit kerana kehadiran jemaah yg sangat ramai. Tidur berhimpit adakala spt ikan sardin rapat rapat muat2 sekujur tubuh.  Dan terpaksa beratur menunggu sejam dua utk masuk ke tandas dan bilik air krn ramainya jemaah lain yg juga ingin bersuci, melepaskan hajat dan berwuduk.  Keadaan ini sama seperti para jemaah haji ketika di Mina, di Padang Arafah menunggu hari2 melontar di ke tiga tiga Jamrah.  Bayangkan. Tanpa mengira pangkat Datin, Puan Sri Toh Puan atau pembantu rumah, cleaner kami tidur, makan dan beribadah bersama.  Masya Allah.  Subhanallah.




Makanan sahur disediakan oleh pihak masjid dan disponsor oleh insan2 berhati mulia yg ingin beramal dgn sedekah jariah.
 Sebenarnya, teman teman mamawana di masjid ini sudah kami saling kenal sejak tahun 2000 lagi.  Jadi mwana tidak rasa kekok, segan atau malu bila bertandang di masjid ini.  Masjid ini bagai rumah ke dua mamawana sejak bertahun lalu.   Dan teman sehaji sebilik ketika di Madinah Mekah juga turut berittikaf dan berqiamullail di sini.  Kami Geng masjid pakat2 pergi haji bersama dahulu. Masya Allah.  Allah permudahkan urusan kami. Dan rasa bertuah dapat teman2 sebilik yg fokus beribadah, kelakar, ramah mesra pot pet pot pet bagai saudara sendiri.


Foto bawah: Teman / kenalan/ geng masjid ketika menunaikan Haji 2011

 Kenalan sejak  berbelas tahun lalu di masjid ini.

Wana dgn kenalan baru dari China dan Tunisia.  Nadia dari Tunisia fasih berbahasa Inggeris.  Sukakan suasana Islam di Malaysia cuma merasa pelik  dan menjadi tanda tanya kenapa Wanita Melayu Islam Malaysia bertudung dengan pelbagai fesyen  sehingga berlebih lebihan katanya.  Saat berpisah di subuh hari ke 10 akhir Ramadhan dia memeluk mamawana dengan tangisan. 'Mama' ujar Nadia menangis dalam pelukan ku.  Terharunya... Kami siap bertukar nombor talipon.  Dengan harapan akan bertemu lagi. Insya allah.

Bila sudah ada masjid besar tepi rumah, mwana pun dah jarang ke masjid KLCC itu. Dulu setiap hari ada pelbagai kelas Bs. Arab, Tajwid, Tafsir, mingguan bagai di msjid KLCC.  Kini, lebih banyak ke masjid tepi rumah dan hanya ke Masjid Asy Syakirin KLCC waktu 10 akhir Ramadhan.  Sekian, terima kasih.

1 comment:

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...