Tuesday, July 5, 2016

Kucing Kucing Jalanan



Assalamualaikum Sahabat,

Sebenarnya terlalu banyak catatan yang tersimpan kemas di fikiran, dalam hati dalam minda untuk di kongsi bersama dalam setiap entri blog kerdil ini.  Namun, di sepanjang Ramadhan ini Mamawana mengambil keputusan untuk berehat seketika.  

Bulan puasa yang mulia ini sebaiknya kita ambil sikap sibuk mencari amal, membanyakkan amal yang serba kekurangan sebelum ini.  Menampal yakni menampung kekurangan amalan lalu dengan solat solat sunat semampu yang boleh, mengaji samada sendirian atau secara bertadarus juga sedekah jariah.  Insya Allah. Alhamdulillah.

Di awal Ramadhan Mwana ketemu kucing2 di bawah blok yang dhaif, kelaparan dan lemah. Mwana bukan boleh tengok kucing2 dalam keadaan begitu.  Siputih spt dalam gambar ini asalnya kucing bulu panjang, saiz besar dan boleh jadi abang kawasan.  Sebelum ini ia sangat sukar didekati, dihampiria lari menyorok sana sini.

Satu malam sebelum puasa mwana perasan dia duduk dekat lift, tidak lari bila didekati dan seakan menyerah diri. Keadaannya sangat kotor , kurus da lemah. Mwana terus angkut pikul dia bawa balik rumah malam itu.  Setelah berbincang dengan anak2  esok paginya kami bawa dia ke klinik Vet di Tmn Midah.

Mwana berharap agar dia boleh stay 3-4 hari untuk rawatan di situ.  Namun, apakan daya, esok paginya sebelum rawatan lanjut Doktor menalipon Mwana memberitahu kucing ini sudah mati.  Menangis Mwana kerana tidak sempat berbakti dan memberi layanan yg lebih baik pada makhluk comel ini.


Beberapa hari kemudian kucing ke dua mwana temui juga di bawah blok.  Sebelum itu ia sombong dgn mwana.  Mungkin sebab hari tu dia sakit , lapar, lemah dan tersangat kotor serta berbau busuk krn cirit birit habis ekornya bergelumang najis..... mudahnya mwana angkut pikul dia bawa balik ke rumah.  Setelah anak mama mandikan keadaanya  ok sikit dan berselera makan. Esoknya kami bawa ke vet yg sama.  Dengan harapan dia boleh mendapat rawatan dan jagaan yg lebih baik selama beberapa hari.  Selepas 3 hari mwana dgn anak bujang mama pun pergi ke klinik utk membawanya pulang dgn harapan dia semakin sihat. Mulutnya becok mengiau. Sepanjang dalam perjalanan menaiki kereta  untuk pulang ke rumah dia mengiau hingga hilang suara.  Keadaanya tetap lemah, jalan terhoyong hayang dgn keadaan tubuh yg tinggal tulang dan kulit shj. Pilu sungguh melihat keadaannya. Diberi makan dia tidak mahu, diberi air minuman ia tidak mahu, diberi ubat klinik dimuntahkan semula ubat2an tersebut.  Pagi esoknya, dia jua pergi menyahut ajal.  Mwana sedih lagi.  Kucing k2 tiada dlm gambar.

Di bawah ini anak kucing ke 3 yg mwana temui di tepi masjid dekat rumah.  Ia mengiau lemah itu yg buat hati mwana tersentuh dan tanpa berlengah terus angkut bawa balik rumah utk diberi makan dan rawatan.  Dia mengiau2 manja walau tubuhnya sangat lemah dan lembik tidak bermaya.  Mwana tak tahu nak buat apa lagi ... bila diberi minum susu ia enggan. Usianya dalam lingkungan satu bulan mama agak.  Berbulu jenis panjang berwarna kuning spt gambar dibawah.  Matanya kuyu pilu.  Kenapalah mwana tidak jumpa ia terlebih awal mungkin mampu mwana beri layanan yg lebihbaik.  Mwana bukanlah orang kaya berduit berada. Tapi Tak kisah beberapa ratus telah di belanjakan utk rawatan kucing2 ini.  Rezeki Allah yang beri, Insya allah nanti Allah beri lagi.

 Esok pagi ia pergi juga.  Mwana menangis lagi.

Di bawah ini pula anak kucing berusia satu minggu.  Mwana temui ia ditepi longkang bangunan berhampiran. Sudah buka mata, mengiau bukan main kuat memanggil Sang ibunya.  Selama beberapa hari ia mengiau di tepi longkang.  Harapan mamawana ia punya ibu, mungkin ibunya keluar mencari makanan.  Sebab tu mama biarkan saja ia tersorok di belakang almari burok berhampiran.
Suatu hari mwana ternampak 2 ekor ini sudah mati kejung dalam longkang dan terdapat seekor lagi anak kucing warna hitam yg mengiau  bising merangkak2 didalam longkang memanggil2 ibunya.  Mwana usahakan angkat dia dari celah longkang. Sebaik shj mwana angkat ia, anak kucing itu terus menyondol2 jari2 dan tapak tangan mwana seolah2 mencari susu ibunya.  Sayunya hati ia kelaparan.  Mwana bancuh sedikit susu tepung suam dan memberi ia setitis dua shj. Bila dilapik dengan kain tuala, anak kucing itu menyondol2 mencari puting susu pada kain tuala seolah menyangka tuala itu bulu ibunya.  Sedihnya. Petang itu mama bawa ia pulang ke rumah dan sebelum tu mama siap call anak2 minta belikan susu kitten dan botol susu kitten utk feed anak kucing comel ini.  

Sampai di rumah agak lewat petang, anak kucing ini semakin lemah.  Tak sudi minum susu.  Tiada daya upaya. Mama cuma boleh bantu usap2 belai2 dia sambil dia membisik ngiau ngiau halus. Sedihnya.  Ia pergi juga malam itu.

Orang cerita pasal raya dan idil fitri tapi mwana cerita pasal kucing. Kannn..... sebab air mata terus mengalir.  Tangis anak anak Syria yg menjadi mangsa serangan dan yatim piatu, tangis anak kucing  kelaparan kehilangan ibu seakan2 serupa.  Huhuhu....

Allah swt memberi ku ujian pilu ini. Pilu kerana gagal menyelamatkan kucing2 jalanan ini.   Untuk Syriacare kita hulurkan seberapa yang mampu. Insya allah.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...