Tuesday, July 12, 2016

Idilfitri 2016 Part 2

Assalamualaikum

Malam Hari Raya Pertama menyambut tetamu dari jauh Pantai Dalam. hohoho. Jauhlah sangat.  Bukan senang nak jumpa anak buah yang bertugas di Riyadh nih.  



Duduk di Riyadh ingatkan jadi emak Arab. Rupanya balik cam Minah Salleh lak.  Apa apa pun vogue sokmo  sweetie ini.

Cer teka. Saper pandei. Berapa beza umur emak ngan anak buoh ni? Saper pandei kemer belanja cendoi pulut semangkuk. hihihi



Syawal ke 2 mamawana beraya di Seremban.  Snap mana yang ada ajer.  Yang lain udah balik kampung suami.  Anak anak mwana balik rumah nenek mereka di Alor Gajah Melaka.  Jeles nengok gambar hari raya family besor besor meriah giler di Fb di whatsap dll.

Kami 11 beradik keluarga besar juga (5 sudah arwah) sayangnya tidak dapat berkumpul bersama.  Ramai anak anak buah yang balik Trengganu. (7 keluarga anak buah balik Dungun). Kakak anak 7 (3 menantu) udah balik ker Jolobu ikut belah suami masing masing dan  adik beradik yang lain ke Perak.  

Teringin nak buat himpunan keluarga besar besar Waris Tok Tan Jana Pulau Tiga Parit Perak.  Guaner gamak.? Tercapaikah hasrat dihatiku.?  Insya allah.



Y.D.H Tok Paduka Raja Orang Besar ke Enam Belas, Perak. (TOH PADUKA RAJA, ADALAH ORANG BESAR 16 MENETAP SERTA  MEMERINTAH MUKIM PULAU TIGA. MENGIKUT SALASILAH PEMEGANG JAWATAN INI KEBANYAKAN NYA DARI KETURUNAN DATOK SAGOR@ MAHARAJA LAMBOR.  TOK PADUKA RAJA MENJADI KEPERCAYAAN RAJA. PERLANTIKANYA NYA DIBUAT ATAS DASAR PILIHAN RAJA. IAITU DI LANTIK ORANG YANG BAIK PADA DAERAH ATAU RANTAU PULAU TIGA)

Inilah ayahanda kepada arwah bondaku Wan Zaidun.  Al Fatihah.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...