Sunday, July 10, 2016

Cerita Sehari Sebelum Hari Raya


Assalamualaikum

 Kalu tak masak rendang ayam, rendang daging, nasi himpit, pulut kuning bagai rasa macam tak raya kan.?  Walau bukan Chef tapi masak memasak sememangnya menjadi rutin harian. Raya tak raya tetap memasak setiap hari.  Bezanya cuma lebih skit memasak bila 1 Syawal menjelang tiba.  Kalu tak masak lebih lebih gini memang sayu hati, jauh hati melayang entah ke mana. Pilu mengenang ayahanda bonda. huhuhu... Sudah sudah jangan teghoyak.

 Menu berbuka puasa last day of Ramadhan

 Pulut Kuning ganti lemang, nasi himpit ganti ketupat daun kelapa


Choc kek deco with fresh strawberries.  Itu yg mampu mwana sediakan


3 biji kek semuanya. Malam raya juga kek dipotong dan dimakan anak anak.  Alhamdulillahirobbil alamin.

“Ya Allah! Janganlah Dikau jadikan puasa kali ini sebagai puasa yang terakhir dalam hidupku. Seandainya Dikau menetapkan sebaliknya, maka jadikanlah puasaku ini sebagai puasa yang dirahmati bukan yang sia-sia.”


Salam Idilfitri Maaf Zahir dan Batin.

Ya Allah! Pertemukan daku di Bulan Ramadhan tahun berikutnya, dalam keadaan Sihat wal’afiat, mudahkanlah rezeki bagiku dan segala urusanku, Ya Allah! “

1 comment:

idzwa kamaruddin said...

meriah nyer ;) selamat hari raya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...