Friday, June 10, 2016

GEMPITA RASA 29 MALAM @ DE PALMA HOTEL SHAH ALAM, SELANGOR

Assalamualaikum aduhai teman pembaca sekalian,

"Gempita rasa di hati, indah bagai dikata, enak dicicip rasa.  Maka yang ingin ku ceritakan adalah alkesah suatu acara berbuka puasa yang daku terima undangannya lewat beberapa hari yang lalu.  Setelah ku lihat, ku teliti kepandaian mereka membangunkan perhiasan dekorasi suasana di Ballroom Hotel, hiasan luarannya bagai berkonsepkan pasar malam, hiasan gerai gerai bazar Ramadhan serta kepandaian budibahasa petugas petugasnya dan para pelayan di muka pintunya manis manis wajahnya dengan sapaan mesra menyambut para tetamu yang datang.  Awalnya ia menjentik debar di hatiku yang pertama kali berkunjung ke hotel ini, di hujungnya ada rasa manis bersesuaian dengan tema Gempita Rasa 29 Malam di Buffet Ramadhan kali ini di De Palma Hotel  Shah Alam."

Ramadhan Kareem. Pada tahun ini pertama kali saya mendapat undangan berbuka puasa di De Palma Hotel Shah Alam.  Bertarikh 8hb Jun 2016 Sabtu 6.00 petang saya mendaftar di senarai nama jemputan. Sukar juga ya saya mencuba menulis entri ikut stail bahasa Melayu Klasik. Mengimbau kenangan manis ketika mengikuti subjek Bahasa Melayu Lama ketika di Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima dahulu.. Hehehe.... tergeliat lidah. Jadinya kita terus gunakan ajer Bahasa Melayu Moden. Yuk ibu ibu, bapak bapak terusin bacain.... ( Bahasa Indonesia pulak daah...hihihi) Info Santai santai asal  mesej sampai. 

Tugasan yang digalas saban hari, sibuk memikirkan lokasi Param, Bazar Ramadhan yang perlu dikunjungi berbekalkan secebis masa tersisa sebelum masuk waktu berbuka puasa Naaah... ini satu pilihan terbaik seisi keluarga saya syorkan Buffet Ramadhan De Palma Hotel Shah Alam yang berlandaskan Syariah serta sijil HALAL dengan pelbagai jenis hidangan menu yang enak dari air tangan barisan Chef terkemuka dalam bidang kulinari. Mantop di segi citarasa, superlicious, superb kari, vadai, capati, tosai, roti canai pelbagai dari hari pertama Ramadhan sehingga hari ke 29 Ramadhan.

Paling saya suka menu bercirikan warisan Melayu Kampung seperti lauk kenduri dan masakan pantai timur. (Saya dilahirkan dan dibesarkan di Ganu Kiter, oh molek belaka, sedak belaka lauk pauk sini maghi, maghi makang sini).  Saya tuju masakan Gulai Kawah Kambing Nangka, Masak Lemak Ikan Keli Salai ambil aroma dan bau yang huuuh hebat, Ikan Patin Masak Tempoyak, Siput sedut Masak Lemak Cili Api umangg ai... sodap amik bau ajo den. Poghut den kocik den ngambik bau jer haaaaa dah konyang ghaso nak tapau jo. hehehe. Apo den bughak Nismilan pulak. Den pun bersedagho waghih den ghamai kek Nismilan.

Jom layan foto foto yang sempat saya snap.

Hidangan pemanis mulut barisan Kek dan pudings.

  Hidangan Kueh mueh Melayu
 You see the decorations are nice and beautiful



 My favourites Nasi impit, pulut kuning, kuah kacang...nyum nyum nyum
  Masa berbuka puasa saya tuju buah tamar disusuli bubur lambuk dan sedikit sruupan sup tulang...


Eh Eh, Goreng Goreng Cik Siti Pun ada. Senyuman Saudari yang manis menambah enak Rojak Buah ini.
   Keli ku di goreng enak.
 Masakan Lauk Pauk Ala Pengantin @ Santapan Raja Sehari 


Mengecur liur



Sedapnya Kambing Golek niiiii.......Kambing Bakaq. Sedap bapak hang.... Mencuba Bulgogi

Disamping itu, pengisian rohani bagi mengimarahkan bulan mulia Ramadhan Al Mubarak di selitkan dengan progrem bacaan surah surah penting seketika menanti masuknya waktu berbuka puasa dan laungan azan. Juga diselitkan video tazkirah dan pengunjung didendangkan dengan alunan merdu qasidah dari pelajar pelajar tahfiz terpilih sepanjang Ramadhan ini. 


Tak dilupakan  juga nak info sini parkingnya senang. Surau pun terletak di Ground Floor laluan mudah dari tempat parking kereta. Selesa solatnya.  So, jom jom, lai, lai menikmati Bufet Ramadhan di De Palma Hotel Shah Alam

De Palma Hotel Shah Alam
Harga Dewasa : RM68/: Bersih
Harga Kanak-kanak : RM34/:
Talian Khas Buffet Ramadhan : 03-55428080 atau
Jabatan Jualan di sambungan 611/608/405/406
Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan boleh terus hubungi emel noraini@depalmahotel.com
Bufet Ramadhan Shah Alam buka dari 6.30 ptg - 10.00 malam

Anda boleh menikmati diskaun sebanyak 12% dengan menyatakan  anda dapat maklumat ini dari blog  http://nurqasehbiz.blogspot.my   semasa tempahan dibuat. 

(De Palma Hotel juga mempunyai rangkaiannya di De Palma Hotel Ampang dan De Palma Hotel Kuala Selangor)

Syukran kepada yang sudi mengundang saya berbuka puasa di sini kepada Muiz Genji (FB) dan Hanny Abdullah (www.diarymama.com). Terima kasih daun Keladi lain kali Sudikan jemput saya lagi. Amin.




4 comments:

Bro Framestone said...

Kambing dia.....

Azian Elias said...

Masyallahhh...

banyak sungguh makanan.. hebat2.. but so far belum lagi nak jengah ke mana2 buffet. sebab mak pak tak berapa suka.. kat rumah je lah kita.

Cikna said...

Kalau cikna tuju kat dept jeruk tu je yg lain mmg xpndng dh, harga blh thn tp jauhla plak,huhuu..

Nooriah Abdullah said...

Masya allahh bnyknya mkanan
Kmbing bakaq yg paling teruja tu
Alhmdulillahh, rezeki tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...