Monday, May 2, 2016

Syukur Atas Nikmat KurniaMu Ya Allah

Assalamualaikum

ALHAMDULILLAH, ALLAHU AKBAR.

Tidak terkata, tidak terucapkan di bibir.  Hanya jauh di sudut hati ini  Jauh jauh di dalam hati kecil betapa daku bersyukur atas nikmat kurniamu Ya Allah.

Walau daku tiada kereta mewah, tiada banglo mewah. Tiada wang ribu riban untuk melancung  makan angin keluar negeri namun daku bahagia berada di rumah kecil 650 k.p.s. Walau rumah bak luas sekangkang kera, andai masuk tetamu 10 orang rumahku sudah jadi sempit terpaksa para tetamu duduk di beranda ajer.  Namun aku bersyukur sangat, sangat, sangat, sangat, sangat kerana tinggal di kawasan berdekatan masjid dan surau yang meriah dengan pelbagai aktiviti dari kuliah subuh, kuliah dhuha, kuliah maghrib, kuliah lagi selepas Isya. Masya allah Kelas Tajwid AlQuran, Kelas Bhs Arab, Kelas marhaban, kuliah Feqah saban hari silih berganti mengikut jadual masing masing.  Persatuan Penduduk adalah lagi Kelas pengajian AlQuran, Kelas Marhaban lagi masya allah tak terkejar daku untuk hadiri semua aktiviti itu.

Tabik spring, salute tinggi tinggi pada jiran tetangga ku yang hebat.  Ramai Muslimah aktif di kuliah Subuh hingga kuliah Isya.  Daku yang termalu kerana acap kali juga , jarang berjemaah subuh. huhuhu... malunya daku.

Ya Allah, permudahkan lah daku mencari redha dlm amalku. Berilah kesihatan kepadaku rohani dan jasmani agar dapat ku selalu berjemaah di Masjid. Doaku juga untuk anak anak ku agar hati hati mereka condong ke Masjid dengan amal solleh. Amin.

Sedikit perkongsian foto foto bersama jiran tetangga saya yang hebat hebat. Insya allah.  Alhamdulillah.

Jamuan sarapan pagi selepas kuliah Subuh setiap Sabtu dan Ahad.



Kelas Talaqqi AlQuran dan baca Yaasin setiap pagi Jumaat (bagi surirumah yg tidak bekerja)di  Surau Al Falah.  Daku cuti tanpa gaji dua bulan dapatlah daku  menikmati manisnya ukhuwah di Kebun kebun Syurga jiran tetanggaku ini.



Jamuan selepas Majlis Aqiqah, berzanji dan marhaban jiran  yang di buat di Restaurant Arab Sri Petaling 2 minggu lepas.  Kalu sudi boleh jemput kumpulam Marhaban kami utk majlis sekitar Cheras sini. Cheras, Sg. Besi,, Bandar Tun Razak di alu alukan.


Bersama Ustazah Salimah Ketua Kumpulan Bacaan Yaasin.  Suaranya merdu mantop, mendayu dayu doanya . Selalu buatku menitiskan air mata menghayati  bait butir doa doa bacaan Ustazah ini.

Majlis Harijadi meraikan cucu jiran di Dewan KRT Penduduk Ahad lalu.

Daku suka menumpang manja dengan Atok, nenek, Opah bagai.  Pantang jumpa perempuan tua daku terus rindu pada arwah bondaku.  Al Fatihah.
Panggilan Atok di Surau Al Falah.  Sweet Atok ni.


 Kuliah selepas solat  Isya setiap Sabtu Malam Ahad dibimbing Ustaz Anwar berpandukan kitab di bawah ini.


Di bawah ini kelas Dhuha, selepas bacaan Yaasin dan doa selamat Surau As Solihin, Kuarter Polis.Desa Tasik. 
Berbaju sedondon sehati sejiwa dari dua taman. Kalu ada apa apa progrem kami berkolaborasi bersama utk Majlis bacaan Yaasin, kuliah dhuha, doa selamat, marhaban bagai.  Sudi sudikanlah jemput kami utk meraikan majlis marhaban dan berzanji di tempat tuan/puan.  hehehe..  Jumpa kami di Masjid Muqarrabin pusat komuniti ibu ibu muslimah bertemu dan beramal secara berjemaah. Insya allah. 

Andai kalian dapati daku tiada di syurga kelak carilah daku di neraka.  Bagitahu Allah swt tolong selamatkan daku dari neraka itu.  Bimbinglah daku untuk ke Jannah bersamamu wahai  teman taulan jiran tetanggaku.  Friends till Jannah.




1 comment:

NzA said...

tetap bersyukur dgn apa yg ada....Alhamdulillah
Rumah lama akk pn mengadap surau.Alhamdulillah smpai skrg anak2 akn solat bila masuk waktu sbb sedari kecik dh trbiasa...rumah skrg dh agak jauh...bunyi azan pn sayu2 je kedengaran...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...