Friday, April 15, 2016

ROTI BAKAR BUJANG

Assalamualaikum


Esok bekfast makan ni tau. Untuk inti sandwich, Sediakan karot dipotong kiub, bawang  merah hiris halus2 , cili hiris sikit , garam, serbuk lada sulah dan dipukul  dengan telur. Sedikit minyak masak dan  Di goreng hancur, kacau2 hingga masak.  Bakar roti, lapis sedikit  inti yg di masak tadi, campur mayonis dan ngap.  Jangan lupa sediakan satu set untuk ayah dan satu set juga untuk  sarapan ibu anda. Ini biasa anak bujang saya sediakan. Alhamdulillah.



Pesan buat si bujang dan sidara yang tinggal sebumbung dengan kedua orang tuamu, pagi pagi selepas solat subuh tu rajin rajinlah buat sarapan untuk ibu ayah tu.  Yang mudah mudah ajer.  Sandwich ker, nasi goreng atau cekodok or lempeng. Tak perlu hidangan mewah sepenuh meja tapi setahun sekali.  Ibu ayah bukan nakkan kekayaan, intan, berlian, emas dari anak anak.  Memadai dengan layanan baik untuk kedua ibu bapa.  Tak gitu sayang sayang semua.?

Bagi yang tinggal berlainan bumbung rajin rajinlah talipon emak ayah setiap hari, kalu balik kampung dihujung minggu jangan lupa bawa makanan siap masak jangan harap emak masak semuanya untuk hidangan keluarga anda yang dah beranak pinak tu.  Hehehe... sekadar pesanan untuk sayang sayang semua.

Jemput makan. Bismillah.


AlFatihah utk kedua arwah ayahandabonda ku.  Doaku sentiasa, Ya Allah setiap amal kebajikan yang ku lakukan samada solatku, zikir ku, sedekahjariahku andai ada pahala, Kau redha dan terimalah jua pahala  ini untuk kusedekah kpd kedua ayahanbondaku. Amin.



1 comment:

iryanty ismail said...

roti bakar sapu kaya...sedap sedap

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...