Saturday, April 16, 2016

Hembusan Doa Ibu


Assalamualaikum



Ibu Ibu di luar sana, jemput baca Surah al-Fatihah, surah Taha ayat 1 sehingga 5, diikuti doa Nabi Daud sebanyak 3 kali.  Doanya, ‘Ya Allah, lembutkanlah hati anakku(sebut nama anak2), seperti mana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. (sebut nama mereka).”Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman.  Kalau anak masih menyusu,hembuskan pada susu.
Mw sejak dari dulu, suka bekalkan air yaasin, tahlil, dari masjid masjid sekitar dan surau surau yang Mw singgah untuk minuman harian anak-anak sejak mereka masih kecil lagi.  Mw tak galakkan anak-anak minum air bergas. Mw amalkan dan pesan selalu kepada mereka supaya banyak minum air mineral, air suam dan air yang Mw sediakan di rumah (ofkos air Yaasin dan Tahli).  
Minuman ini berterusan hingga kini. Selesai solat subuh wirid wirid, baca Yaasin dan hembuskan ajer dalam botol minuman keluarga.   Alhamdulillah. Allah memudahkan kita mendidik anak anak.  Mw selalu doa mohon, agar Allah swt bimbing Mw dan pimpin Mw untuk mendidik anak anak ke jalan yang benar. Dan semoga hati hati anak anak juga lembut dan mudah membuat kebaikan dan menjauhi larangan.  Syukur dengan rezeki yang ada  dan redha dengan pemberian Allah swt samada rezeki itu sedikit atau banyak.  Ada atau tiada kerana kami kurang berada.  Amin.  



2 comments:

Ummi Khalif said...

Bagus juga jadikan amalan kan. Doa2 ibu ne mmg makbul. Kita doa yg baik insyaAllah dpt yang baik

Ummi Khalif said...

Bagus juga jadikan amalan kan. Doa2 ibu ne mmg makbul. Kita doa yg baik insyaAllah dpt yang baik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...