Tuesday, April 12, 2016

Daging Masak Kicap


Assalamualaikum

Laparnya.  Cerita minggu minggu lalu. Mwana teringin nak makan daging masak kicap. 

  • Daging lembu 500gm dipotong 
  • Cili kering dikisar dengan bawang merah dan bawang putih, halia sedikit —
  • Kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga dan bunga lawang
  • 2 biji Kentang
  • 1 biji Bawang besar dihiris bulat
  • Kicap Pekat masuk jer agak agak. Saya guna Kicap Jalen Manis
  • Gula Merah
Cara-cara:

  1. Tumis cili kisar dengan bawang merah,b. putih, halia sehingga pecah minyak. Masak dengan api sederhana dan kacau untuk elak cili hangus.
  2. Bila cili dah masak, masukkan kayu manis dan rempah 3 serangkai diikuti daging yang telah dipotong kecil.
  3. Kemudian Masukkan kentang.
  4. Tambah dengan kicap.
  5. Masukkan hirisan bawang besar.  
  6. Mwana masukkan juga sebiji tomato segar dipotong empat.
  7. Tutup periuk dan masak sehingga daging dan kentang empuk.
  8. Dah siap masak. Mwana suka bubuh atas daun salad segar dan dihias dengan tauhu goreng. (sebab tauhu ada dlm peti es)


Jangan lupa berdoa sebelum dan setelah makan. Cuci tangan. Dan minum dengan memegang gelas dengan tangan kanan, meskipun tangan tersebut bekas kuah.






2 comments:

NzA said...

lama dh xmasak daging kicap ni.....sedap pulak tgk...

iryanty ismail said...

malam2 tengok gambar daging..lapo pulak rasanya..huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...