Saturday, March 5, 2016

PENGALAMAN UMRAH (1) 13 FEB -24 FEB. 2016




Tidak ku tahu bagaimana harus ku mulakan perkongsian Umrah 2016 ini. Terkedu. Speechless. Mudah mudahan perkongsian ini memberi sedikit ilmu pengetahuan kepada kita semua untuk menyimpan, menabung  dan menanam rasa hati yang mendalam untuk anda menjejak kaki ke dua tanah haram ini.  Samada bagi yang sudah pergi dan ingin pergi lagi, juga kepada yang berada dan yang tidak beradaan.  Yang mampu dan yang tidak berkemampuan.  Percayalah.  Yakinlah.  Bila Allah sudah memilih kamu dan mengizinkan kamu menjadi tetamuNYA tiada yang bisa menghalang.  Kun Faya kun.

Sebenarnya hanya Allah swt sahaja yang Maha Tahu betapa hati amat teringin dan berhajat untuk memimpin tangan anak-anak  berTawaf keliling Kaabah 7 pusingan.  Untuk bersaei ulang alik 7 kali sebagaimana Siti Hajar mencari air untuk anaknya Ismail as. Hanya Allah swt shj yang Maha Tahu betapa hati ini membuak buak untuk membawa anak anak menziarah Maqam Rasulullah saw di Raudhah.  Walhal daku hanya seorang Guru Tadika/Tabika Islam yang berpendapatan kecil.

Kais pagi makan pagi. Kais petang belum tentu enak makan malamnya.  Namun, Allah swt Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ya Rahman Ya Rahim.  

Mahu sahaja daku menjerit kegembiraan, terharu penuh kesyukuran sebaik ternampak sahaja kelambu hitam Kaabah dari kejauhan semasa memasuki Masjidil Haram.  Sebaik menjejak kedua kaki ku di lantai menuju ke Kaabah ku genggam erat se eratnya kedua tangan anak anakku.  Yang lelaki di sebelah kanan, yang perempuan di sebelah kiri. Kami secara otomatis berjuraian airmata menyaksikan Kaabah di hadapan mata kami. Terpegun kami berpelukan penuh syukur.  Seolah olah tidak percaya daku bersama anak anak berada di rumahMu. Ya Allah.  Subhanallah. Allhamdulillah. Allahu Akbar.


Berakit rakit ke hulu 
Berenang renang kemudian
Bersakit sakit dahulu
Bersenang senang kemudian.

Hmmmm, bertahun tahun menyimpan, sedikit demi sedikit.  Daku tiada tudung lip lap, bling bling yang puluhan ratusan ringgit.   Tiada pakaian mahal untuk ke dinner bagai. Daku tidak mampu mendeko rumah dgn perabut mahal indah. Tiada sofa lembut enak untuk menghenyak diri dari keletihan.  Seandai ada tetamu  yang sudi datang duduklah bersila beramai ramai.  

Menanggung dua orang anak di Universiti menjadikan daku seorang ibu yang sangat cermat berhati hati dalam segenap perbelanjaan.  Keperluan untuk diri walau sebatang lipstik murah pun kena pikir puluh kali. Perlu atau tidak? Mahal atau tidak?  Tidak mahu menanggung rugi dunia akhirat. Selalunya ku lebihkan perbelanjaan menanggung anak anak.  Itu kan tanggungjawab. Ibu Ibu di luar sana, pasti setuju dengan saya. Kannnn......

Masya allah. Subhanallah. Dalam ketidakcukupan itu, Allah swt  mencukupkan perbelanjaan kami untuk menyahut panggilanNYA.

 Menghayati keindahan suasana di dalam Masjidil Haram.  Indah.







Hari pertama sampai di Makkah, Beribu syukur daku masih mampu bertawaf dan bersaei mengerjakan Umrah Wajib.  Namun, di hari ke tiga untuk umrah sunat daku terpaksa menggunakan kerusi roda di tolak oleh anak bujangku bertawaf dan hingga selesai saie .  Ini adalah kerana kaki kanan ku mengalami kekejangan otot.

Alhamdulillah dengan segala susah payah selesai Umrah Badal yakni umrah sunat di hari ketiga daku di Mekah.


Terima kasih Allah.  Dalam ujian kepayahan hidup ini  Engkau menginzinkan kami untuk sampai bersama di sini. Hidup biar Allah sayang. Maka daku  berusaha mencari kasih sayang Allah kerana daku hamba yang hina di sisiNYA. Jom kita sama sama mencari kasih sayang dan rahmat Allah swt. 







2 comments:

Kakcik Nur said...

AllahhuAkbar! Sebak membaca catatan ini. Mudah2an kakcik juga berpeluang untuk ke sana lagi...

Aamiin.

Myra Jay said...

Alhamdulillah berpeluang menjejakkan kaki ke sana bersama anak2..
Doakan MJ sekeluarga juga berpeluang ke sana ye, insyaAllah :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...