Friday, March 25, 2016

KARI LAGI


Assalamualaikum


video


Simple jer. Kari Cencaru dengan terung.  Teringat ini masakan kegemaran arwah abah ku. Al Fatihah.


2 ekorikan cencaru medium
4 biji Terung 
100grempah kari

sedikit serbuk cili/cili boh
1 biji santan kelapa
5 bijibawang merah
3 ulasbawang putih
Secukup rasagaram, minyak menumis
Cara membuatnya. 

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar (b. merah/ b. putih) sehingga naik bau.  Beserta beberapa helai daun kari.  Selepas itu masukkan 2 sudu cili mesin dan kacau hingga pecah minyak. Masukkan rempah kari yang telah dibancuh dan kacau tunggu sehingga rempah tersebut masak dan pecah minyak.

2. Kemudian masukkan air dan juga santan. Masukkan Ikan cencaru potong , biar reneh sebentar diikuti terung. Kacau sekali sekala.

 3. Masukkan secubit gula dan juga garam secukup rasa. Apabila terung telah masak tutup api dan bolehlah dihidangkan.

Cubalah.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...