Friday, February 12, 2016

Ziarah



"Wahai orang-orang yang beriman, berzikirlah dengan menyebut nama Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepadaNya di waktu pagi dan petang." 
(Al-Ahzab 41-42)

Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang menziarahi saudara seIslamnya yang sakit, seolah-olah dia berada dalam ‘Kharfah’ sehinggalah dia pulang.” Baginda ditanya: “Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksud dengan ‘Kharfah’ itu?” Rasulullah saw bersabda: “Iaitu kebun di syurga (yang penuh dengan buah-buahan yang boleh dipetik pada bila-bila masa)”. [HR Muslim]


Ziarah Pak Chik di HUKM BTR. Moga sihat dan segera sembuh seperti sediakala. PakChik sudah seminggu lebih koma. Masalah lemah jantung, diabetic, darah tinggi  dll.  Foto Jumaat 5 Feb. 2016

Pertama kali ku jejak kaki di K.L 20-30 tahun lalu, di rumah Pak Chik inilah daku menumpang teduh yakni di Kg Konggo.  Pak Saudara sebelah arwah abahku.  Tabahlah. Sihatlah kembali. Amin.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...