Tuesday, February 9, 2016

Lawatan Rumah Anak Yatim Getching Sepang


Assalamualaikum

Syukur Alhamdulillah. Kita merancang, namun Allah Maha Kuasa membuka peluang Mw bersama jiran muslimah menyertai rombongan melawat sambil menyampaikan sumbangan kecil ke rumah Anak Yatim Getching Sepang. Sumbangan berupa bahan mentah seperti beras, minyak masak, biskut, wang tunai dll.  Jemput layan foto foto di bawah ini.



Sambil menanti waktu asar masuk tersentuh hati mendengar alunan nasyid dan selawat dari surau berdekatan dialunkan oleh anak anak syurga ini.


Comel wajah wajah bidadarii syurga ini.




Yang menariknya Rumah Kebajikan Anak Yatim ini juga ada mengusahakan ternakan ayam kampung. Bermula dengan 200 anak ayam kini ia membiak mencecah 1000 ekor yang diberikan makanan organic campuran Habbatussaudah.  Apalagi, berita yang sangat baik ini kami ambil peluang bertanya seandainya ada ayam kampung dari sini yang boleh kami beli.  Seronoknya kami dapat juga membeli seekor dua sambil beramal.

Mwana balik rumah jer terus cuci bersih ayam ni dan simpan dalam freezer, esoknya Mwana salai ayam ni dan masak lemak cili api. Sebahagian Mwana goreng berempah . Anak anak makan berselera sangat sambil memuji kesedapan, kelembutan serta kekenyalan daging ayam kampung ini. Alhamdulillah.  Rasa nak pergi beli lagi lah ayam kampung dari Baitul Barokah ini.  Insya allah.

Penerangan dari Penyelaras Rumah Anak Yatim seorang Ustaz yang berperibadi lembut dan sifat kebapaan yang sangat penyabar. (Maaf lupa nama Ustaz ini berbaju Melayu warna biru berkopiah)


Dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan ANAK-ANAK YATIM serta orang-orang miskin” (Surah Al-Baqarah:83).

Ganjaran yang diberikan terhadap perlakuan baik kepada ANAK YATIM amat besar di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Begitu juga, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam mengkhabarkan tentang kedudukan mulia di Syurga bagi orang yang menjaga ANAK YATIM.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam bersabda:
Maksudnya: “Penjaga ANAK YATIM daripada kerabat atau bukan kerabatnya, saya dan penjaga itu adalah seperti dua jari ini di dalam Syurga”. Malik (periwayat hadis) mengisyaratkan dengan jari telunjuk dan jari hantu” (HR.Muslim).


2 comments:

ezaiza Iza said...

Dofollow blog ni..

Alhamdulillah, aktiviti yg baik,.. kalau sekolah akak selalunya, persatuan moral atau aktiviti pend sivik n kewarganegaraan buat lawatan ke rumah org2 tua atau rumah anak yatim,.,

Suci muka anak2 syurga kan, mereka tabah.. kita yg tua pun mungkin x setabah mrk..

syakir sam said...

Assalamualaikum, boleh saya dapatkan no tel rumah anak yatim ini? urgent

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...