Saturday, February 13, 2016

Labbaikallah : Rindu Mengetuk Hati

Assalamualaikum

Salam sayang sayang semua.

Mwana mengambil kesempatan ini memohon ampun maaf dari hujung rambut ke hujung jari kaki. Andai ada bait bait tulisan di maya ini yang tidak enak di rasa. Sengaja atau tanpa sengaja. Kita yang tergesa, yang lupa yang cela penuh kelemahan adalah dari diri yang kekurangan ini. Halalkan makan minum selama kita pernah berkampung, berkawah, menikmati juadah bersama.

Mwana tika ini mungkin sedang di awan biru. Jam 2.30 petang tadi sudah masuk di perut penerbangan menuju Jeddah. Sudah lama Mwana bernekad untuk membawa kedua anak mwana bersama menunaikan Umrah.  Berdikit dikit menabung sekupang dua, sepuloh dua, seketoi dua... bergolok bergadai demi yang ESA.  Emas dan harta tidak membawa ke mana.


Hendak seribu daya, hati sarat menggenggam cita, menahan rasa, rindu untuk bertamu, rindu utk berpimpin tangan bersama anak anak di Raudhah di depan Kaabah.

Tiada daya upaya, hanya Tuhan Maha Berkuasa mengizinkan perjalanan ini untuk  menjadi tetamuNYA. Airmata kesyukuran deras mengalir, kita sentiasa diuji, dicuba, digoda harta wang ringgit dan kepayahan hidup.  Alhamdulillah.

Berdoalah dengan sabar dan solat.  Panjang umur insya allah bertemu jua. Doakan perjalanan kami selamat pergi dan balik dan mendapat umrah mabrur.  Amin.






3 comments:

Kakcik Nur said...

Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan kalian melakukan ibadah. Aamiin...

che mid said...

ALLAHUAKBAR.. ALLAHUAKBAR..ALLAHUAKBAR

Pergilah Wana.. pimpinlah anak-anakmu ke Raudhah sana. Bersolat dan berdoalah sepuasnya. Allah sedang menjemputmu menjadi tetamuNya.

Doa CM wana selamat pergi dan kembali dalam keadaan baik dan mabrurah. Aamiin. Doakan kami juga ke sana nanti ya.

iryanty ismail said...

moga selamat pergi dan balik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...