Friday, January 15, 2016

Tempoyak Kaco


Assalamualaikum

Sahaja kemer nak berkongsi gambor tempoyok kaco di sini. Aper ker heinyer? Megoh sangat ker?  Oghang lain makan cucuk sudu garpu kat hotel lima bintang, obersea tak heran pun.

Jangan nyombong komer.

Ni lauk simple ajer. Makan nasi paneh paneh, ambik timun tenyeh tempoyak. Anak bujang kemer makan bertambah sampei lima pinggan komer.

Kemer idok ler pandei buat nyer. Tapi main bok bak campok campok ajer. Menjadi sedapnyer

Bawang besor 1 labu /bawang merah 5-6 uleh di kisar 
Sedikit ikan bilis dikisar juga
Seghei 2-3 btg dihiris
Kunyit hidup seketoi ibu jari
Daun kunyit petik 3-4 lei kat belakang ghomah, dihiris
Cili api segenggam petik kat kebun belakang ghomah di kisar halus

Ikan bilis (ada oghang campur udang segor)
Tempoyok semangkuk sederhana kecil . 

Panaskan sedikit minyak dlm peghoyok
Masukan bahan yg dikisar. Kasi garing. Buh ayor setengah cawan.
Biar mendidih 
Masukkan  tempoyok, dikaco.
Masukkan hirisan daun kunyit, serai dan ikan bilis/udang idup.
Buh garam gula, dikaco hingga secukup rasa dan mesra.
Sambei tempoyok kaco ni pekat.



Selamat Mencuba.



2 comments:

Azian Elias said...

adoiiii... miker memang buat kami terlior lah.. mmg suka poyak.

JunAina said...

Kalau balik Bote masa mak mertua ada lagi selalu jugak dibuatkan sambal tempoyak masak gitu sekrang dia dah tak ada...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...