Wednesday, January 13, 2016

Emak Pesan Bukan Bebelan


Assalamualaikum

Emak dah selalu pesan pada anak anak. Please. Basuhlah pinggan mangkuk setiap kali selepas makan.  Tak kira waktu pagi ker, tengahari ker makan malam ker. Please lah. 

Singki dah sedia ada, air paip sedia salur masuk rumah depan kedua biji mata.  Dish drops dah sedia emak belikan. Cuma rajin lah usaha berdiri depan singki tu dan silalah cuci pinggan mangkuk, periuk kuali bagai. Makan masakan emak sedap kan... Nak makan lagi sedap rajin rajinlah bantu kerja rumah.

Zaman emak kecik dulu singki pun takda. Boleh mencangkung lagi atas lantai, kekadang duduk atas bangku kecil dekat paip air kat dapur untuk tolong Opah cuci pinggan mangkuk dan buat kerja dapur.



Apa alasan tak nak tolong buat kerja rumah?. Study? Duk kolej? Universiti?  Hello, emak dulu pun study U jugak, genggam dip. degree jugak tapi kerja rumah sentiasa ringan tulang.

Berpahala tau bagi anak2 yang rajin membantu kerja rumah ibu bapa.

Dapat melatih diri utk mahir dan cekap membuat kerja rumah.

Belajar bersabar dengan timbunan kerja rumah.

Andai emak mati dulu, pandai pandailah engkau orang mengurus diri dengan kerja rumah.

Latihlah diri untuk lebih berdisiplin dan bertanggungjawab suatu ketika nanti untuk menjaga kedua emak ayah kamu ini.

Ini bukan bahasa buku atau bahasa baku. Bukan cerita fixi.  Ini entri percakapan harian.  Maghoh. Maghoh. Maghoh.

Bersihnya pinggan mangkuk bagai yang dicuci, begitulah bersihnya nilai hati murni engkau orang. Terpancar sinar ketaatan dan kemurnian hati anak yang boleh diharap harap. Yakni anak yang solleh.  Amin.

Sekian. Laporan.


4 comments:

iryanty ismail said...

betul tu kak..budak2 zaman sekarang terlebih manja

Bunda_nora said...

Betul3x... tak rugi kalau pandai dan rajin buat kerja dapur...seiring dengan dip. dan degree..

❤Kamsiah❤ said...

anak2 saya pun mcm tu la...saya ni jenis ada sebiji pinggan,sebiji gelas pun rasa dah semak mata nengoknya..
yg depa pulak suka kumpul banyak2 baru nak basuh..

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

MMg kita dulu..kecik2 dah basuh kain berbesen2..bkn ada mc basuh pon.Masak utk sekluarga pon dah blh.Budak2 skrg mmg la...klu layan HP rajin...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...