Sunday, December 6, 2015

Walimatul Urus Anak Jiran

Assalamualaikum

 Selamat pengantin baru kepada kedua mempelai.   

 Artinya :
Mudah-mudahan Allah memberkahi engkau dalam segala hal (yang baik) dan mempersatukan kamu berdua dalam kebaikan

'..dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh, orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki'.

(An-Nisaa’ : 36)


Pengantin 1



Jiran itu terbahagi kepada dua kategori iaitu jiran yang dekat dan jiran yang jauh. Suatu hari, datang seseorang kepada Rasulullah SAW dan bertanya, “Ya Rasulullah, bagaimana aku ingin berbuat baik kepada jiran sedangkan aku tidak mengetahui siapa jiranku?”. Jawab baginda, “Jiran kamu adalah 40 buah rumah di sekeliling kamu (tidak kira di kanan, kiri, depan mahupun belakang)”. Malah Imam Ibn Hajar al-Haytami al-Makki menyatakan bahawa jiran itu adalah satu qariah


Jiran ini cuma selang sepintu dari rumah saya. hehehe.




Foto Bawah:  Pengantin 2





Makanan yang enak enak belaka. Tapi sayangnya sebutir nasi pun tak masuk ke perut mwana di dua majlis ini.  Mwana lebih suka makan kuih muih dan laksa dan bubur kacang.  Sebenarnya mwana ada dapat 3 jemputan dari jiran2  pada hari Sabtu lepas. Boleh mwana terlupa lagi satu majlis. huhuhu.... Maafin sangat sangat.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...