Saturday, December 12, 2015

PRIMA RUMAHKU KOMUNITIKU

Assalamualaikum

Salam sayang semua. Anda sudah mendaftar untuk rumah PRIMA?  Kalu belum sila daftar on line.   Cara daftar dan dartar online.  Bagaimana cara mendaftar?  Sila klik link yang diberi.  Apa itu PRIMA?  Sila klik di sini Kelayakan

Mwana nak cerita hari tu lebih kurang dua minggu yang lalu, ada ekspo pameran PRIMA di buat di PWTC.  KL. Mama pun pergilah dengan anak bujang mw.  Sampai2 ajer kena isi borang , setiap borang diisi dapat bag mengandungi sebuah buku nota kecil PRIMA dan sebatang pen. Jadilah. Selepas itu mw terus ke pentas utama yang di adakan di tingkat 3.  Ketika itu sedang diadakan cabutan nombor bertuah.  Para hadirin samada sudah berdaftar atau belum berdaftar untuk membeli rumah PRIMA berpeluang memenangi cabutan bertuah tersebut.  MC ketika itu ialah Zainal Alam Kadir yang popular ditemani seorang wakil executive PRIMA di atas pentas.  Selang seli dengan persembahan live band yg sudah ku lupa nama band itu. Sangat meriah, lagu nyanyian best best, suara pun mantop.  Zainal Alam ini memang sesuai jadi MC dengan kelebihan jenaka, keramahan dan gurau senda di pentas.  Alhamdulillah bila tiba time solat maghrib acara diberhentikan utk laluan solat berjemaah.  Pemenang cabutan bertuah ada yang dapat motorsikal dan grand prize nya ialah sebiji kereta Axia.  Mw tumpang gembira.

Mama pun cuba mengisi borang permohonan rumah PRIMA ini on line dengan bantuan petugas PRIMA.  Walau pendaftaran tidak sempurna cukup sekadar register user name dan password selebihnya boleh diselesaikan secara online di rumah.  Selepas itu mw diberi cenderahati berupa sepasang tshirt berwarna hitam PRIMA spt di bawah ini.  Alhamdulillah.



Acara berakhir sekitar 8 malam. Walau tidak memenangi apa apa cabutan bertuah kami pun pulang dengan senang hati. 

What else? Happy loh.  You spend a good time the whole day with your son. Had a happy meal, lunch outside together and your son always become your driver maah. Done a little bit of shopping. And also your bodyguard. Apa meroyan daku cakap China ni?   Hahahaha....  Anak anak adalah Pendinding dari api neraka. Alhamdulillah.




1 comment:

Kakcik Nur said...

Mudah2an dipermudahkan urusan mereka yang memohon PR1MA ini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...