Saturday, December 19, 2015

Kursus Keluarga Insan

Assalamualaikum

Kursus anjuran kerajaan Selangor ini memang sangat best dan bermenafaat untuk kaum ibu seperti saya warga BRIM yang berpendapatan rendah, business women kecil kecilan yang bercita cita besar untuk aktif dalam kerjaya samada online, menambah ilmu IT dan pemasaran. Dapat pula berkursus bersama anak dara saya. Hihihi... sangat best tak terkata.  Ditambah pula dengan penceramah, motivator, ustazah spt Dr. Ruziah ini.  

Taajub dengan idea pemikiran, saranan berat, fizikal , mental, agama rohani dan jasmani bimbingan insan hebat ini. Hanya Allah swt yg tahu.. Alhamdulillah. Allahuakbar


Saya sudah lama admire dan jatuh hati dengan karisma serta butir bicara Dr Ruziah sejak mendengar ceramah motivasi Dr ketika menjadi salah seorang panel penceramah di PNB suatu masa dahulu ketika saya bertugas dengan anak syarikat PNB beberapa tahun dahulu. Alhamdulillah.  Dr. Ruziah siap sms pada saya sekiranya dapat hadir atau tidak dengan kursus keluarga insan ini. Terharu. Syukur sangat sangat diberi peluang dan kesempatan ini.

 Saya termasuk dalam kumpulan Cheetah yang paling kuat berHAHAHA berbanding grup lain.  Dapat hadiah lagi berHAHAHA  yang tertinggi volume suaranyer.. Hihihi


Bilik Hotel Seri Malaysia, cantik dan hidangan sedap sedap.




Qiamullail dan solat subuh berjemaah.  Terharu, pilu, gembira bertandang di kalbu.

 Amalan membaca Doa Mathurat setiap hari dianjurkan sangat sangat. Alhamdulillah.  Antara ayat2 petikan klik di link Doa Mathurat:-

 Membaca Al Fatihah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ, الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ, مَـلِكِ يَوْمِ الدِّينِ, إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ, اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ, صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ


Membaca 10 ayat dari Surat Al Baqarah (Ayat 2-5, 255-257, 284-286)

ذَلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ (2) الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ (3) وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ وَبِالْآَخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ (4) أُولَئِكَ عَلَى هُدًى مِنْ رَبِّهِمْ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ (5)


Membaca Surat Ali Imran ayat 1-2

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ, الم, اللهُ لا إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ


. Membaca surat Thaha ayat 111-112

وَعَنَتِ الْوُجُوهُ لِلْحَيِّ الْقَيُّومِ وَقَدْ خَابَ مَنْ حَمَلَ ظُلْمًا, وَمَن يَعْمَلْ مِنَ الصَّالِحَاتِ وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلا يَخَافُ ظُلْمًا وَلا هَضْمًا


Membaca surat At Taubah ayat 129 (7x)

حَسْبِيَ اللهُ لا إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ (سَبْعً



Terdampar pula dengan Grup Singa yang menjuarai kumpulan terbaik dalam sessi kursus ini. Alhamdulillah anakanda ku Wana termasuk dalam ahli kumpulan ini. 



Ibu ibu yang comel, vogue dan sangat sporting.


Ada acara riadah, macam treasure hunt serupa siri Running Man. Terkejar2 kami mencari benda yang dikehendakki pada 5 checkpoint.  Sampai di salah satu check point kami dikehendakki mengasingkan rempah ratus didalam sebuah bekas.  Jadilah spt didalam gambar. hihihi.


 Markah setiap grup diberi berdasarkan kecekapan, kebijaksanaan, ilmiah dan ketetapan masa.


Apa apa pun pengalaman yang sangat best. Alhamdulillah.  Ada rezeki ingin bertamu lagi menghadiri kursus siri seterusnya. Insya Allah.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...