Friday, December 11, 2015

In the Heart of the Sea - Final Trailer



Assalamualaikum

Mohon izin perkongsian filem yang baru mwana tonton bersama anak anak di GSC Midvalley Khamis lalu.  Mama jarang keluar nonton wayang. Kalu pergi pun adalah 5 tahun sekali.  Itupun orang belanja. Sendiri sorry.  Mw biasa nengok online sajer atau kat AstroFisrt.  Ok. Jom layan trailer dia yang best. Jalan cerita pun best.

 In The Heart of The Sea






Banyak pengajaran dari filem laut ini. Mengkagumi kebesaran Allah, keajaiban Illahi, sifat sabar seorang isteri, cita cita seorang suami yang impikan punya kapal dan menjadi Kapten, Jua cabaran dan halangan kerana sikap ego, riak, takbur kapten kapal bernama Porlad dan sifat pentingkan diri sendiri sang majikan dan golongan atasan dalam industri perniagaan hingga cuba mendesak orang bawahan bercakap bohong dan menipu kebenaran. Siasatan dusta yang dijalankan cuba merasuah, mengugut dan menyogok akhirnya gagal kerana Kapten kapal seorang anak bangsawan bernama Porlad berubah sedar dan insaf berpihak pada kebenaran.

Mama puji sikap setiakawan  watak utama Owen Chase yang kembali ke Pulau Ducie  untuk menyelamatkan rakan rakan yang masih terkandas di sana.  Dugaan kesetiaan seorang kawan yang sukar direalisasikan.  Pelayaran yang memakan masa 2 tahun lebih - 3 tahun  sangat mencabar dan mendebarkan. 

Part paling best renungan mata Ikan Paus raksaksa pada pelakon utama seperti ada interaksi, telepati hati antara seorang insan dengan seekor haiwan ikan paus yang akhirnya membantu menyelamatkan mereka.   Permusuhan, pembunuhan, kematian berakhir. Noktah.

You all tengoklah sendiri. hihihi..






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...