Sunday, November 1, 2015

TFKL 2015 - Ganu Kiter

Assalamualaikum

Seronok betul mwana rasa dapat jenjalan gi KL hari ini.  Parking tepi jalan dataran merdeka berhampiran bangunan DBKL. TFKL 2015. Banyak khemah di dataran merdeka dan  sekitar Bangkok Bank. Ramainyer pengunjung.

Mama pun tidak tahu sebenarnya apa TFKL 2015 tu.  Tapi bila nampak banner sana sini , oh ada macam fiesta produk barangan dari Trengganu tanah tumpah  darah dan tempat mula kaki kecilku berpijak pasir di bumi Ganu.  Hoyeehhh....

Suka. Suka. Suka. Boleh makang ikang banyok nih. Maghi ah  banyok foto kat sini.

Macam kenal jer Chef popular ini. Chef Zam ka tu?


Mender lagi sapa sapa parking keta, lapor peghut dok ghok nok jalang doh rasanya. Juper booth nasi dagang RM7.00 sekotok, gi terpa terus.   Makang terus .  oh...sedak belaka. Beli gok satar, kepok lekor, kepok keping ikang tambang bawok balik dumoh. Goreng kak dumoh lahhh..

Lauk biasa gulaa ikang ayer/ikang tongkol, acar timung  ada gulaaa telur sebiji dia bui sebeloh ikang tu.  Sedak sokmo makang nih. Amber kang daghoh Ganu tetap ada mengalir dalang badang nih. hohoho.




 



Ada temu ghamoh dgn pengunjung bertuoh. Ada kuiz gok. Dapat hadioh mender aku dok tahu lah buh dalang bag kertah.  Datuk terlajak laris pun ada datang bagi sokongan tadi. Tak sempat amik gambor dia. Sup sap Datuk Shukri D Herbs pergi booth lain membeli belah juga.


 Peghuk doh kenyang gi jalang tepi kolang pulok.








Pelbagai produk industri Ganu ada di pamerang ini.


Belanja gambor anok bujang aku sutir sini dia maghi bawok emok dia sini. Dia jadi drebar.


  Juper dinding bighu raser nok bergambor... hehehe






Selalu beli honey dew. Ni pertama kali juper Rock Melon. Hasil Agro dari Besut,  Trengganu.  Sambar teghuh sebijik sepuloh riya bawok balik. Potong makang teghuh. Manih.


Sekian, laporang beghita selepah hujang balik dari jalang jalang caghi makang macam macam bawok balik.  

3 comments:

iryanty ahamad said...

Huhu..tak faham :-))
Tak sangak dah ada nak bujang...

Buah rock mlon tu sedap..rangup

mamawana said...

Iryanti

Tak faham eh? hehehe... saya beranok kat Ganu sekoloh kat Ganu
Sekoloh menengoh baru pindoh Peghok. Arwah Emak Ayah org Kuala Kangsar/Parit tapi menetap di Kg Gajah Perak.


Daddy Ziyyad said...

Dah 20 tahun brand Pertima tu? Huhuhu..kenapa saya baru tau kewujudannya lepas baca entry ni...

Nasi dagang,mmg feveret saya...susah nak cari yg sedap kat Shah Alam ni...yg jual nasi kerabu ramai...hahaha

Nasi lemak ikan aye tu macam mana ya?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...