Sunday, November 8, 2015

Sambei Hotdog



Assalamualaikum

Sepuluh tahun lalu, daku pernah masak  menu  masam manis hotdog.  Almaklumlah bila dalam peti sudah tidak ada bahan untuk dimasak. Ikan tiada, daging tiada, telur tiada. Poket pun kempis. Yang tinggal hanya hotdog dalam petisejukbeku.

Ketika itu anak anak ku masih di sekolah rendah.  Senang ajerkan.  Apa yang mama masak mereka makan ajer.  Mama masak semua sedap. Tolak batubatan ngan kayu kayan, hohoho..

Tapi yang ini daku masak sambal hotdog.  Semalam sampai rumah dari Seremban hari sudah hampir malam.  Badan sangat penat.  Seawal subuh, sebelum azan sudah bangun lantas bersiap untuk bertugas di Sukan Sekolah2 di Padang Wetland Putrajaya.  Sukan selesai dan sampai kembali di penginapan hampir asar.  Letihnya berdiri beberapa jam di bawah terik mentari pagi sehingga jam 2.30ptg.

Sampai rumah masak main campak campaklah.  Jumpa hotdog hmmm...siaplah daku bersambal.  hohoho....

Cili kering daku rebus dahulu. then, tapis2 buang biji2 dia.  Blend dengan bawang besar, seketoi dua bawang putih, sedikit ikan bilis. 

Minyak secukupnya, tumis bahan2 blended tadi hingga cili naik minyak. Api kecil. Tambah sedikit air , reneh  hingga masak.

Boleh masukkan hotdog, potongan bawang besar,  1 keping asam gelugor.  Tutup api, Masukkan garam, gula.  Kacau2 hingga mesra.  No belacan ya.  Sambal ni tak pedas pun.


Rasanya biasa biasa ajer.  Pedas sikit jer, enak manis dan masamnya tak rasa pun.  Tapi anak bujang kata sedapppp.... ok.  Alhamdulillah.


2 comments:

iryanty ahamad said...

pertama kali tahu hot dog boleh masak sambal
:-))

mamawana said...

iryanti

Hehehe... cubalah pelbagai. kreatip gitu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...