Thursday, November 12, 2015

Resipi Gulai Pisang Emas


Assalamualaikum

Rezeki pisang muda ini saya dapat dari progrem Pasar Percuma yang baru diadakan minggu lepas di tempat saya. 

Beberapa hari sudah, pisang emas muda ini terdiam dalam peti sejuk.  Petang tadi baru terperasan pisang muda ini belum masak masak lagi.  Jadinya saya terfikir untuk masak lemak cili api dengannya. Tapi pisang emas... bolehkah? Sedapkah andai digulai?

Resipi (Saya ikut bahan yang sedia ada)

Pisang muda beberapa biji
Sedikit Ikan bilis/udang/ikan masin pun boleh. Tapi saya guna potongan ayam lebihan dalam esbok semalam.
2 btg Serai diketuk
Cili api blend dengan bawang, kunyit hidup
Santan pekat dari sebiji kelapa
Asam keping @ 1
Garam, gula, serbuk perasa.


Tadaaa... inilah hasilnya. Nyam nyam nyam.  Selamat mencuba.

1 comment:

iryanty ahamad said...

sedap lawan dengan ikan kering dengan nasi panas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...