Wednesday, November 4, 2015

Masak Tempoyak Orang Perak

Assalamualaikum

Beberapa bulan lalu ada membeli deroyan. Yang manis habis kemer makan. Yang tinggei  yang macam masam masam sikit sebab deroyan udah terbelah, mengkor dan yang tak elok  kemer buang ajer.  Pilih yang manih manih sikit buat tempoyok.

Deroyan tu kemer asingkan isi dari biji guna garpu ngan sudu. Idok dengan jari jemari sendiri pun.  Kata dema tempoyak lebih elok lebih tahan lama kalu idok bercampur dengan peluh jari ngan peluh tapak tangan kita tu.  Kemer udoh biasa buat macam tu sejak dari sekoloh rendah lagi.  Nolong emok buat tempoyak sendiri.  Buh dalam bekeh. Tabor ler garam sikit.  Tutup kemeh2. Kemer bubuh tempoyok dlm botoi simpan dalam peti es.  Berbulan2 tahan.

Minggu lepeh ada ler teringin nok menggulei tempoyok.

Cara-caranyer:

Amik serai 2-3 batang ketuk ketuk
Bawang besor sebiji dihiris2
Cili Api segenggam kalu tahan pedeh, ditumbuk.
Ikan kembong 3 ekor
Tempoyok 2 senduk
Serbuk Kunyit sekit


Garam, gula, 
serbuk perasa kalu gemor
Boleh masukkan terung, timun, pucuk ubi ker kalu gemor.

Masukkan , Gaulkan semua bahan dalam peroyok. Tambah air 4 mangkuk. Masak sampei menggelegak. Masukkan terung ker, timun ker. Masak sampei mesra. Tutup api, bubuh garam gula, serbuk perasa.  Masok tu jangan luper bersalawat Nabi s.a.w.


 Inii ler rupanyer. Idok ler gambor cantik tapi bila hidang dgn nasi paneh paneh, wallah meletupsss. Tak cukup nasi seperoyok. 

Itu ajer ler nak share.  Maap ler kemer speaking Perak kali ni.  Kelmarin speaking Ganu.  Ater, kemer oghang Kg. Gajah dekat Paris ngan Boston. Tahun depan kemer buat open house kat Kg Gajoh, komer komer boleh nyinggoh. Kemer jemput in advance. Hihihi...




4 comments:

iryanty ahamad said...

yan pun suka tempoyak..sedap...

Ardilla Noorezan said...

kalau tempoyak kat melaka kekadang ada udang. Ke tu bukan tempoyak hehe

mamawana said...

iryanty
Gulai Tempoyak sedap. Masam, masin, manis pedas.....

mamawana said...

Ardilla Noorezan

Tempoyok ada udang tu pun ada juga kat Perak.
Tempoyak kacau buh udang kering boleh
Boh udang hidup boleh ...sedap hmmmm
Tempoyak Boh pucuk2 kayu cili api mcm kat Melaka Nismilan...Sedap
Pahang pun ada boh pucuk kayu
Pelbagai ini tempoyok

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...