Wednesday, November 11, 2015

Makanan Pelik "Ceghanang"

Assalamualaikum

Pelik lah sangat.  

Semasa saya diwaktu kecil dahulu, ketika masih di bangku sekolah rendah, diketika usia 6-7 tahun lebih kurang begitulah.  Aboh saya selalu membawa saya jalan jalan di sepanjang Jalan Kampung China, Kuala Trengganu.  Sesekali aboh saya membawa saya menjamu selera di sebuah rumah kedai Nyonya China Trengganu ini untuk menikmati "Ceghanang".

Saya tidak tahu dari mana asal usul kata "Ceghanang" itu.   Tetapi setiap kali keluar dan melalui laluan kampung China kami anak beranak akan menjamu selera dengan "Ceghanang".  Ada sesiapa yang pernah makan Ceghanang ini tak?

Zaman dahulu tidak ada Yong Tau Foo seperti yang tumbuh maju sekitar pelusuk K. Lumpur masakini.  Jadinya, Ceghanang ini menyerupai Yong Tau Foo.  Ada fish ball, meat ball, kangkung, timun, telur dll.  Yang istimewanya ialah hidangan keropok lekor rebus didalam menu ini.  Keropok lekor rebus ini dihiris nipis nipis menjadi hidangan utama dicicah dengan kuah cili sos yang sangat sedap di samping bahan-bahan lain yang dicelur tadi.  Biasanya bila makan Ceghanang kami mesti order minuman air jagung yang dihidang dalam mangkuk bukan dalam gelas ya.  Makanan dan minuman terhidang kesemuanya dalam mangkuk.  Rasanya sungguh enak.  Saya tidak pasti samada Ceghanang ini masih ada dijual di kampung China Kuala Trengganu sekarang.

Makanya, saya ingin berkongsi menu saya semalam. Asam rebus sayur bendi dengan keropok lekor yang dihiris hiris persis Ceghanang itu.


Resipi
Bawang besar dihiris
Serai 2 -3 batang dititik
Cili api 4-5 biji
Bendi ikut suka
Perahan asam limau/asam keping
Keropok lekor 2-3 batang dihiris kepingan
Garam, gula, serbuk perasa (pilihan)

Semua bahan di rebus hingga menggelegak masaknya.  Rasa masam, manis, masin pedasnya.  Tak tipu rasanya sungguh enak.

Sambil makan nasi panas panas saya masih cicah keropok itu satu satu dengan cili sos. Bertambah enak lazatnya. Mengimbau nostalgia zaman anak anak ketika menikmati Ceghanang bersama arwah Abah dan arwah Ibu.  Aku jadi rindu.



Nah, inilah wajahnya menu ini. Hehehe...     Cubalah.

3 comments:

uncle gedek said...

Oh! Wajahnya sunggh Ayu! hehe

iryanty ahamad said...

Pertama kali tengok...sedap ke

Ardilla Noorezan said...

Wahhh unik! Nampak menarik hmmmm boleh try nanti kalau pergi Ganu hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...