Friday, November 13, 2015

Lempeng Oat


Assalamualaikum

Siapa suka makan lempeng? Sayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..... hihihi

Sebabnya.

Ia senang disediakan, cepat, rengkas, sedap. Dan saya rasa tak malupun kalu bawa bekal lempeng cicah sambal ke opis.  Berebut opismate nak join sama tumpang makan.

Resipinya
Tepung  gandum 2 mangkuk (agak agaklah)
Telur Sebiji
Air semangkuk agak agaklah
Garam
Gula
Serbuk perasa (kalu nak)
Bancuh semua bahan diatas dalam mangkuk .  Adunan tidak cair tidak terlalu pekat.

Tambahan: Campur oat dua tiga sudu besar, Kacau sebati dengan senduk.  Panaskan non stick pan dan sila masak sekeping demi sekeping. 


Memandangkan ada rendang ayam lebihan semalam, so pagi ni kami bekfast makan lempeng oat cicah rendang ayam. foto saya tak cantik sebab snap main taram jer.... 




Cubalah , lempeng cicah sambal, cicah gulai kari, cicah gulai lomak cili api walaweyy enak banget.


3 comments:

Yati said...

Sedapnya lempeng. Kalau takde kuah nak dicicah, dengan susu pekat pun sedap juga. :)

iryanty ahamad said...

yan suka cicah dengan sambal sardin... :-))

Ardilla Noorezan said...

Teringin makan lempeng, hm dah ada resipi ni nanti saya nak try lah :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...